Nov 18, 2011

Perlawanan Malaysia menentang Indonesia*

Dah agak..mesti ramai kawan blogger yang akan update pasal result bola semalam..Harimau vs Garuda..Sure ramai yang tengok sebab dah tahu Indonesia memang anti Malaysia kan.

Sangat la teruk diorang tu..tak profesional, especially penyokong diorang. Masa lagu Negaraku dimainkan pun diorang saja tunjuk tak hormat.

Sebenarnya diorang pun goyang gak nak lawan Malaysia tu. Bila tak score lagi separuh masa kedua tu mula la guna taktik kotor..main kasar. Kalau saya jadi Ong Kim Swee pun mesti bengang jugak..sepatutnya bagi jer kad merah terus kat mamat tu. (Eceh..macam la haku ni terer sangat ;p)

So, bila menang memang saya puas hati sangat-sangat. Biarpun setakat 1-0..sudah cukup untuk menutup mulut-mulut busuk yang "booo" dan mengejek pemain-pemain malaysia semalam.

Hehe..cukup la ngomel sikit pasal bola. Yang penting, semua rakyat Malaysia hari ni tersenyum lebar dengan kemenangan semalam.

Seperti yang dikatakan dalam twitter semalam, kalau Malaysia menang saya akan pakai baju hitam-kuning gi ofis hari ni.. :)

P/s: Lunch nanti nak balik umah..nak masak untuk tetamus yang nak datang petang nanti.

Babai..

4 comments:

Izwa Kamaruddin said...

tunjuk la gambar sekali berbaju hitam kuning tuuu :)

whitecappuccino said...

Ha'ah! padan muka dorang yang mulut2 busuk tuh! geram betul la akak..

salina said...

yay!!!gembira sampai tak boleh nak cakap camner la akak...wpon 1 je bolos tetap nak bangga dgn si indons tuuu..

btw, upload la gambo baju hari ni heheee

rasp said...

betul sis...
semalam terbakar gak hati nie bila dorang tak respek dgn lagu Negaraku tu....
tapi syabas aaaaa Harimau Muda kita tu....
memang puas hati ku :)

* mana pics baju mu itew...