Besok..isnin, aku & anak2 hubby hantar balik kampung.
Nampaknya aku & anak2 kena la duduk kampung sekejap. Memula aku ingat tak nak balik sebab tak berbaloi spend duit tambang beribu untuk balik kejap jer. Tiket Air Asia semua dah abes pastu bila check online, MAS pulak dah penuh untuk seat economy class. Yang ada cuma business class,RM899 seorang sehala.. :-O
So total semua sekali untuk 2 adult & 2 infant is about RM2+++. Terkujat mak!
Aku berkeras taknak balik,cakap kt hubby yang aku rasa tak berbaloi tp dia kata bagi dia berbaloi sebab dia tahu wife & anak2 dia selamat & selesa bila duduk ngan family kt kampung. Kalau duduk sini nanti tk ada orang yang boleh tolong tengok2 aku & anak2. Lagi pun kat kampung nanti aku boleh la berehat cukup-cukup.
Ermmm..ok la,akhirnya aku setuju sebab tak nak bagi dia susah hati kt sana nanti.
So jumaat malam hubby call MAS, plan nak balik sabtu subuh sebab kebetulan my cousin bertunang petang tu tapi seat dh penuh. Yang ada cuma kul 2 pm & 4 pm. So aku kata nak balik kul 2 pm..bila dah decide, hubby kuar g KL Central utk beli tiket. Bila sampai KL Central hubby call aku, kononnya ada seat untuk economy class tp on monday kul 4 pm. Aku ok jer, bagus gak walaupun tk dapat tgk cousin aku bertunang tapi dapat save sikit duit tambang. Just RM733 seorang, sehala..infant lak baru RM58, total sema baru RM1,5++. Jauh jugak beza kalau naik business class ngan economy class..beza dekat rm800..(dah nama pun business class kannn??!!!.....)
Jadik...petang ni aku kena la start pack barang2 untuk balik besok. Sedih sebenarnya nak berpisah ngan hubby walaupun hanya seminggu tapi hubby dah janji akan call tiap hari..(Janji kan,B?!)
Tengok la..kalau ada coverage kat kampung aku tu boleh la aku bertenet, kalau tak nampaknya cuti la seminggu..(or mungkin lebih)
C u soon...
Mmuuahh..
No comments:
Post a Comment