Dec 30, 2008

TAG : Cerita Sepanjang 2008

1Hari ini, 30.12.2008..maknanya ada sehari lagi sebelum melangkah ke tahun baru 2009.

Jom kita imbas semula peristiwa2 penting/menarik/sedih dalam hidup yang telah berlaku sepanjang 2008..(nk tengok sejauh mana ingatan aku ni ;p)
Jom mula ikut bulan ke bulan:

Januari : Errm..rasanya tkde yang menarik (^_^) sebab bulan januari biasanya aku bz ngan keja. BUAT ANGGARAN BELANJAWAN (ABM)..*sigh*

Februari : Bulan ni pun still bz ngan ABM..counting, editing, typing, printing, discussing, meeting, EVERYTHING.. hehe

Mac : Hannan genap setahun bulan ni. Kebetulan balik kampung so buat birthday party hannan (buat kecik2 jer) kt Mc'D. Bulan ni jugak aku g BTN, 1st time tinggal anak ngan hubby lama2..(tak lama sgt pun, just 5 hari 4 malam :p)

April : Haaahh..bulan ni yang paling mengujakan, aku dapat tahu yang aku PREGNANT!! Aku still ingat reaksi hubby subuh tu..hehe

Mei : Errmm..haduh, macam ni la bila dah kurang muda..pelupa sikit. Rasanya bulan ni pun nothing special melainkan still berperasaan gembira sebab preggy. Lagi satu, hepi sbb family aku datang melawat dari kampung..yeyy

Jun : Aku start rasa sedih sebab dapat surat tawaran kena g kursus lagi bulan depan. Lama okayy..3 minggu.

Julai : Aku terpaksa tinggal hubby & hannan lagi..kursus kali ni lagi lama & lagi jauh,kt cherating..(jauh ker????) Lagi sedih bila tarikh birthday aku jatuh masa kursus tu..huhu. Tapi yang bestnya hubby dh sediakan hadiah untuk aku. :p

Ogos : Bulan ni bulan kelahiran hubby..tapi aku tak bagi apa pun kat dia, TERUKSSSS.
Bulan ni jugak aku balik kampung.

September : The sweet september. Selain seronok menyambut ramadhan, aku & hubby dah berjaya beli rumah so bulan ni bz menguruskan semua dokumen/prosedur untuk rumah. oh yep..aku dapat hadiah lagi dari hubby, jam guess..hehe. Best!

Oktober : Hari Raya..kali ni turn beraya kt kampung aku..lagi best & meriah bila kakak aku pun balik sekali..

November : Bulan ni hubby hadiahkan aku kereta baru..weee. Bulan ni jugak 1st time hubby aku PENGSAN. Harap2 tak akan ada 2nd time or 3rd time.. Memang banyak perkara berlaku bulan ni..yang paling memeningkan bila dapat tahu 1 perkara yang akan menyusahkan aku yang akan berlaku pertengahan bulan januari depan..*sigh*

Disember : Tiada apa yang lebih membahagiakan selain dari menyambut kelahiran puteri kami, NUHA UMAIRAH.

Insan2 bertuah yang aku nak tag:
1. Puan Yati :p
2. Puan Sally
3. Puan Marazlin (lin..aku tau ko selalu bz, so kalau ko ada masa terluang ko buat la tag aku ni..hehe)
4. Mummy Irfan (Ni pun selalu bz gak..maybe org nama 'lin' ni selalu bz..hehehe. Jgn marah, nanti kena jual)
5. Mama 3D (the vouge mama)

So puan2 sekelian, sila la luangkan masa anda untuk buat tag saya ini okay.. ;p

Salam Tahun Baru Untuk Semua..Muuaaahh..

3 comments:

Nurhayati said...

huhuhu kena tag ke =)
eh buka Puan Yati la CIK PUAN YATI hahahaha (bedebushhh kena terajang...)

salina said...

akak dah jwb tag lia ni....silalah visit my blog

Nurhayati said...

jawab sudah tag itu...hihihi