Feb 17, 2009

Kemusykilanku

Salam..

Aku nk share sikit pasal feeling aku skng ni..confuse pun ada ni.

Aku hairan..setiap kali hannan balik dari taska jer mesti tidur awal. Since dia masuk taska ni kul 8 lebih dah tidur. Hari ni pulak kul 7 dah tidur..sangat awal. Ekceli bukan baru hari ni aku perasan..sejak hari pertama.

Nak kata dia letih sebab banyak bermain kat taska rasanya tak sebab kt taska tu ramai budak yang transit. Ada jugak la budak yang sebaya hannan tp aku tahu dia tak minat bermain ngan budak baya dia. (I know him)

Lagi pun kalau duduk ngan kitorg,mcmana banyak main pun dia mesti tidur lambat jugak. Kadang2 kul 1 lebih baru tidur.

Tolong la kawan2..sesiapa yang hantar anak gi nursery/taska tu tolong share sikit pengalaman. Aku seram sebab pernah dengar kes pengasuh kat taska bagi budak2 minum ubat batuk supaya senang kerja diorg. Bila minum ubat batuk tu cepat la budak2 tu tidur, so senang kerja diorang kan..

Pleaseeee... :o(

7 comments:

Eliss said...

harap2 dijauhkan laa perkara2 mcm tu..Amin..Nuha saya memang ajar tido pukul 8..agaknya kat sana hannan kurang tido kot..so balik letih laa mcm Nuha saya..

Dee said...

salam kenal..sy rasa dia letih...mcm kita letih balik kerja..walau kerja kita dok dpn pc je..keletihan tu tetap ada..

cuba tgk bila weekend..berbeza x ngan bila dia gi nursery..

Norita Shaklee said...

Selama pengalaman saya menghantar anak ke sekolah ... memang anak2 akan tidur awal, terlalu letih. Letih di sini bukan sahaja dari aspek fizikal tetapi dari segi mental(pemikiran). Saya juga seorang guru yang menghadiri banyak kursus pendidikan , saya sendiri belajar secara praktikal dengan anak sendiri. Berbeza bila mereka di rumah, mereka kurang menggunakan keperluan mental... so lebih baik kita bersangka baik dahulu kerana law of attraction ada mengatakan apa yang kita fikir adalah sesuatu yang kita doakan secara tidak langsung. InsyaAllah tu tak de apa2.

Anonymous said...

sama mcm wafiy..dlm kol 7 lbh tu dah mula menarik2 bantal dgn blanket....akak penah tanya kat cikgu dia pasal ni..diorang kata wafiy ni lasak..nak main je kejenya kat taska..tido pon kejap je..org lain tido lagi, dia dah bgn..dia seronok tgk kwn ramai2 kat taska..mungkin hannan mcm tu..mmg u know ur son well..but maybe dia dah berubah since masuk taska..kanak2 ni senang dipengaruhi kan...lagi satu..akak tgk pattern tido dia masa wiken ok plak...sbb takde kawan..lama je dia tido..lena pulak tu..insyallah takde apa2 tu..tapi kalau ada kesan sampingan lain mcm hannan jadi murung ke...kena buat sesuatu tu...

Mama 4H said...

yer la kot dorang penat sbb guna mental dan fizikal..sama macam anak jiran kaktie..dia kater sejak masuk taska anak dia tido awal kul 7,8 dah tido...anak2 kak tie tak pernah hantar taska lagik..he3 tatau la..mintak dijauhkan la yg bukan2

Farah said...

agaknye die penat kot...saya pon ade adik kecik (sekarang darjah 1)...mase sblm tadika mmg kol 2 pagi boleh lg layan cd kartun...bile dah tadika lepas makan malam je dah lentok...

Big Mamma Bukhari said...

hi liya.. miss u so muchlah dear.. hannan pun makin hensem tu ha.. betul sebijik muka u liya..
anyway.. scary gak ye.. berada dlm situasi gini.. kak t tak ada pengalaman cam ni.. tp apa2 pun mungkin berlakukan liya.. ?? nak2 pulak dengan dunia yg semakin kalut dan menggila sekarang.. manusia bermacam ragam.. cuba2lah liya ty mak ayah yg antar anak2 kat situ.. ty pendapat diaorang.. kalau the same situasion jugak.. adalah yg tak kena tu..