Salam..
Entry aku yang ini akan terangkan kenapa aku letih.. macam yang aku bagitau dalam entry sebelum ini.
Tajuk di atas pulak aku pilih sebab ada kaitan dengan apa yang akan aku tulis. (Insyaallah hujung bulan depan genap 2 tahun aku bergelar IBU...)
Ok..jom baca..
Aku start masuk ofis since last wednesday..maka bermula la cabaran baru bagi aku. Kalau nak cerita secara detail rasanya ambik masa sejam baru selesai, so aku ceritakan secara ringkas supaya korang tak bosan nak baca panjang-panjang. Untuk tambahan, aku kena drive sendiri bawak nuha dari rumah (sh alm) ke kl.
Aku bangun kul 6 a.m (dah la setiap malam tidur kul 1 lebih)..bersiap seadanya & tukarkan diaper Nuha. Keluar rumah kul 6.40..mungkin bagi orang dewasa tak awal sangat tapi bagi baby sekecil Nuha rasanya waktu tu amat la awal untuk dia keluar rumah.
Alhamdulillah..sepanjang perjalanan Nuha tak meragam. Masa 1st day jer dia menangis kejap..so aku berhenti tepi jalan bagi dia susu then dia tidur sampai kl. Hari2 lepas tu dia tk menangis...syukur.
Sampai ofis..lepas punch card aku menyusukan dia kejap sebelum hantar gi taska..(ada port yang strategik untuk aktiviti ni)
Kalau korang nak tahu, Nuha ni fully breast feed so dalam sehari aku kena ulang-alik 5 kali dari ofis ke taska. Kul 8 hantar dia, kul 10.30 datang menyusu, kul 1 datang lagi, pastu kul 3.30 datang lagi sekali, lastly kul 5 ambik dia (balik umah)..Penat woo..
Ofis ke taska..jauh tak jauh tapi 5 minit gak la jalan kaki..dengar cam dekat tapi berpeluh jugak nak menapak.
Memandangkan aku tak pernah apply untuk parking di basement M*RA ni so aku terpaksa parking luar dari bangunan M*RA..Tak larat la aku nak parking di basement tu, 1st day aku parking aritu kena RM10.00..dari pagi sampai ke petang (dikira ikut hour memandangkan aku takde pas bulanan). Tapi parking luar ni kena melintas jalan & berjalan kaki sikit untuk sampai ke ofis.
Last friday ari tu kebetulan masa aku balik dari ambik Nuha tiba2 hujan turun. Alhamdulillah.. syukur member aku yang baru ambik anak dia ada sekali,dia ada bawak payung so 1 payung kongsi 4 orang (Aku,Nuha,member aku & anak dia)
Aku naik ofis jap ambik payung & terus gi parking. Tentu korang boleh bayangkan macamana keadaan aku ngan bawak baby,bawak barang pastu pegang payung lagi melintas jalanraya. Kesannya,semalam Nuha demam & selsema..Syukur demam dia dah ok ari ni cuma still flu lagi..
Aku sedih sangat masa tu..aku terfikir,betapa besarnya kasih sayang seorang ibu untuk anaknya sehingga sanggup bersusah payah asalkan anak2 dapat yang terbaik.
Letih tau, drive subuh2 (45 minit perjalanan dari rumah aku ke kl,tk termasuk cari parking & jalan kaki ke ofis)pastu kena berulang-alik banyak kali dari ofis ke taska..bukan jalan slow2 tau tapi jalan selaju yang boleh sebab selalunya kakak penjaga Nuha tu akan msg aku bila Nuha dah nangis nak menyusu. Ibu mana yang sanggup biar anak dia kelaparan tunggu lama2 kan.
Bila sampai rumah pulak letak barang kejap pastu turun balik gi ambik hannan kt taska dekat area rumah aku ni..aku bawak Nuha sekali tau,tak kan nak tinggalkan dia sorang2 pulak kan. Hubby aku cakap tak payah aku susah2 ambik hannan, dia boleh ambik bila balik dari keja tapi aku tak sampai ati nk biar hannan duduk taska tu lama2. So aku sanggup gagahkan juga diri untuk ambik dia walaupun kederat aku ni dh tinggal berapa persen jer lagi.
Untuk yang tak tahu, ofis hubby aku kt shah alam..Jangan ingat hubby aku kejam lak biar aku drive sendiri ke kl.
Jadi seorang perempuan/wanita lebih-lebih lagi bergelar isteri dan ibu ni tak akan berhenti berkorban. Pengorbanan suami dari segi wang ringgit mungkin tidak sama dengan pengorbanan kita (wanita). Susah payah mengandung,perit jerih bersalin dan penat lelah kita menjaga & membesarkan anak rasanya tidak dapat diukur dengan wang ringgit.
Aku rasa aku ni boleh dikatakan 'kuat'..bagi aku APA SAJA UNTUK ANAK-ANAK & SUAMI TERCINTA.
Errmm..cakap pasal wang ringgit ni aku dah kira anggaran kos untuk fuel,tol & parking sebulan sebanyak RM415.00. Fuyooo..RM1k untuk kos 3 benda ni & installment keta jer. Belum masuk perbelanjaan yang lain..
Ok la, aku nak try tidurkan hannan ni. Korang boleh fikir kot apa kaitan story aku ni dgn tajuk di atas =P..
6 comments:
liyaaaa... penatnye ko hari2 yerk.. hmm mula2 tu a bit stress sket insyaAllah u goona use to it after this. aku ni pun sorang dah rasa penat jua.. esok2 kalau 2-3 orang tak tau la camne.. harap2 aku sekuat ko jua. itula pengorbanan seorang ibukan.. ;)
lya...memang penat lya..tapi tu la pengorbanan ibu kan...sanggup susah macamana pon demi anak2..
nape tak pump susu? x payah ulang alik tapi kena ajar la sket diorang cara handle ebm..x semua reti..tapi tabik spring laa hari2 macam tu...
yati: Hari2 aku mcm tu la,tk lama fit la betis aku ni..hahaha
kak T: Doakan lia diberi kekuatan olehNya
MamaNuha: Dah try pam tp tk dapat bnyk..mungkin sbb Nuha kerap menyusu ditambah pulak ngan hannan pun menyusu sama. Taska tu tau mcmana nk handle ebm. Lagi satu, kakak kt taska tu pun kempen susu ibu.
alahai kesian plk dgr citer lia..akak yg drive dekat2 15min ni je pun dah rasa nak mengamuk je hari2 kalau wafiy buat hal...ye la kdg2 kita dah pakai baju elok2..dia blh plak muntah ke...tumpahkan susu ke..nasib baikla papa dia yg terlebih sabar..tapi mmg penat la dgr citer lia..
bab pengorbanan wanita tu mmg btl..tak akan habis sampai kita mati...harap2 anak2 dan family akan menghargai apa yg kita dah buat utk mrk...dan akak doakan lia dipermudahkan dlm menghadapi cabaran hidup...
aku dapat rasakan kepenatan kau lia..lgpun aku tgk kengkawn kita yg lain kau diantara yang paling kuat..aku pun harap boleh jd mcm kau bila aku ada anak nt..xpe lia sekurang2nya kau puas tgk anak membesar depan mata dan kau dh berikan yg terbaik pada zuriat yang ALLAH berikan utk kau...
Post a Comment