Dapat email ni dari seorang kawan lama..selamat menghayati..
Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut utk menggunting rambut dan janggutnya. Apabila tukang gunting rambut (barber) itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai banyak perkara. Tapi bila mereka mula berbicara mengenai Allah, barber itu pun berkata, "Saya tak percaya Allah itu wujud"
" Kenapa kamu kata begitu?" Tanya si lelaki tadi.
'' Cuba kamu keluar di tgh jalan itu dan tunjukkan pada saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah wujud kenapa ramai sangat orang sakit di luar sana tu? Kenapa masih ada kanak-kanak yang terbiar? Kalau betul Allah wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ini. Saya tak dapat bayangkan Allah yang Maha Penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku"
Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas barber itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi.
Selepas beberapa langkah, si lelaki tadi ternampak seorang lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata, " Kamu tahu tak yang sebenarnya barber juga tidak wujud?"
" Kenapa kamu berkata macam tu? Sedangkan saya baru sahaja menggunting rambut kamu tadi".. kata barber.
"Tidak?" Kata si lelaki tadi. "Kalau barber wujud, dah tentu tidak ada orang berambut panjang dan tidak terurus dan kotor serta janggut yang panjang dan kotor macam lelaki di tepi jalan itu"
''Ah! Barber memang wujud? Lelaki itu jadi macam tu sebab dia tidak datang pada saya untuk menggunting rambutnya"..kata barber.
"Tepat sekali!''. Kata si lelaki tadi.
''That's the point!. Allah juga wujud. Itulah yang terjadi (Keperitan & penderitaan) Jika manusia tidak mengingatinya dan kembali padanya memohon pertolongan"
So, kesimpulannya..kita sendiri yang menentukan hala hidup kita..dan kita juga yang menempah 'tempat' yang sesuai dengan amalan kita di 'sana'..
7 comments:
nice story!sgt bijak!semoga weols sentiasa mengingatiNYA
btw, uma baru ni wat weols susah nak baca n3 u lah...sbb dia ke tepi..adeh juling bijik mato!
waaah tukar template lagi...hiks comel jugak yg ni...hmm btulla..kalau kite tak minta pertolongan dr tuhan mcmmane tuhan nak tolong...semoga kite juga tidak lalai :D
Mummyaeesh: Alkisahnya member kt ofis komplen kata tak blh buka my blog sbb templete berat..so sy pun godek2 la,masa mummy buka tu tak siap lg..hehehe
Farah: time rajin lh la tukar2..rumah yg ni pun tk tau bertahan sampai bila
baguih citer ni...
syareena: Ermm..jawapan yang bijak kan.
selalu kita tak sedar kekurangan diri sendirik tetapi asyik mengira kekurangan org lain kan...sbb tu jadik macam citer ni
Post a Comment