Bila sebut tahun depan dengar cam jauh/lama jer kan..
Tapi sebenarnya hanya beberapa jam jer pun lagi. Insyaallah kul 12 malam nanti kita akan melangkah ke tahun baru 2010..
Semoga semua yang negatif pada tahun ni akan jadi positif pada tahun depan insyaallah (bermula detik malam nanti)
Sebenarnya banyak sangat yang saya nak listdown..tapi biar la yang utama ni dulu,takut kang banyak sangat tak tercapai pulak kan.
1. Bak kata murni, ingin menjadi hambanya yang lebih patuh. Tanpa kita sedari semakin hari semakin banyak amalan2 kita suatu masa dulu yang kita da tak buat sekarang. Contohnya baca ma'thurat setiap pagi. Dulu selalu buat ni masa on the way gi ofis sebab dulu naik bas so sementara nak tunggu sampai ofis tu boleh la isi masa yang ada kan. Tapi skng,wlupun drive tapi itu alasannya kan. Ya Allah, Kau permudahkan la urusan ku untuk terus menunaikan segala perintahMu. Amiinnnn
2. Semoga menjadi isteri yang solehah.. Setuju ngan farah, selepas seharian bekerja memang memenatkan dan masa tu emosi mudah saja menguasi kewarasan akal. Memang cepat naik darah, sikit2 nak marah. Sian pada hubby yang kadang-kadang buat silap sikit pun kita dah melenting. Insyaallah bermula malam ini saya nak jadi isteri yang taat & patuh pada suami. (Bab cinta dan kasih sayang saya pada dia jangan pertikaikan sebab sejak saya kenal dia perasaan itu tak pernah surut walau sedikit pun malah makin bercambah setiap hari) Amiinn..
3. Semoga saya menjadi ibu yang lebih sabar dalam melayani karenah anak-anak. Kawan-kawan yang ada anak lebih dari sorang tu mesti tahu macamana cabarannya kan. Kita tak sepatutnya mengeluh sebab semua itu mematangkan kita cuma perlukan kesabaran yang tinggi. Nak2 pulak kalau anak-anak tu masih kecil. Doa saya semoga saya jadi ibu yang terbaik untuk anak-anak saya. Insyaallah..
4. Saya nak jadi wanita yang lebih matang..yang sentiasa berfikiran positif. Nak buang semua fe'el yang kadang-kadang macam budak kecik tu. Tanak terlalu sensitif.. (sikit2 nak merajuk, sikit2 nak marah, sikit2 nak menangis)
Kawan-kawan, tolong doakan sama semoga azam saya ni tercapai ok. Saya doakan semoga apa jua azam kalian bukan sekadar impian & azam. Semoga kita berjadi insan yang lebih cemerlang bukan saja di dunia tapi di akhirat nanti.insyaallah.
5 comments:
moga tercapai wishlist u tu..
HAPPY NEW YEAR!!
Thanks Dee.. Happy New Year to U too
happy new year liya..
hahaha biasala perempuan ni..merajuk dan air mata memang takleh di pisahkan..tp tula takleh nak ikut emosi sangat kan..sama2 la kite baiki diri dan dapat jadi isteri dan ibu yang lebih baik :D
semoga tercapai segala azam akak tu yer.. Insyaallah...
SELAMAT MELANGKAH KE TAHUN 2010...
happy new year to u!
Post a Comment