Ok la, seperti yang dah kecoh dalam entry sebelum ni..rasanya dah sampai masanya saya nak announce berita gembira tu. Tapi sekarang bukan 2 tp 3 news ok..ada tambahan di masa kecederaan..
Berita pertama...jeng..jeng
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
SAYA MENGANDUNG..tanpa dirancang kerana telah ter'missed' 4th dose injection..huhuhu. Begini mulanya cerita..(ewahhh) masa trip ke PD new year ati tu, sy dah rasa semacam sebab selera makan bertambah,asek lapar..lapar..dan lapar. So bawak hubby cari farmasi kt PD tu beli alat ujian air kencing (cam formal lak) the next day, bangun subuh tu terus test.. NEGATIVE. Owh..ok, it's good.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
SAYA MENGANDUNG..tanpa dirancang kerana telah ter'missed' 4th dose injection..huhuhu. Begini mulanya cerita..(ewahhh) masa trip ke PD new year ati tu, sy dah rasa semacam sebab selera makan bertambah,asek lapar..lapar..dan lapar. So bawak hubby cari farmasi kt PD tu beli alat ujian air kencing (cam formal lak) the next day, bangun subuh tu terus test.. NEGATIVE. Owh..ok, it's good.
Seminggu pas tu..Ahad, 10hb januari 2010..dalam kul 8.++ pagi saya rasa loya & mual..so apa lagi..uweeakk..uweeaakk la.. Hubby dalam nada bergurau kata "hah..pregnant la tu"..saya cuma gelak2 sambil menafikan..tapi dalam hati risau jugak.
Untuk memuaskan hati, besoknya saya p beli tester lagi..dengan niat untuk memuaskan hati yang asek tertanya-tanya tu. Bangun pagi hari selasa terus cek...and it's POSITIVE..
Masa tu perasaan bercampur-baur, tak tau patut happy or tidak sebab mengenangkan Nuha yang baru masuk setahun sebulan.. :l
Saya tak cakap terus pd hubby..pas mandi & bersiap cam biasa saya dirve g opis. Sepanjang perjalanan tu saya tak boleh focus, asek fikir pasal result test.. I am totally not ready tapi pas jumpa ustaz minta pandangan dan nasihat dia..alhamdulillah saya boleh terima dengan hati yang terbuka. (sebab tu kalau ada kawan-kawan FB yang perasaan status saya berbunyi agak pelik last week :p)
So...saya redha, terima rezeki dariNYA dengan penuh kesyukuran dan berdoa semoga dipermudahkan segala-galanya dan rezeki melimpah ruah selepas ni (sebab hubby kata masa saya pregnant hannan & nuha tu dia memang banyak menang tender..rezeki anak-anak kan)
Opss..lupa nk cakap,saya tak tau berapa bulan sebab saya tak ingat tarikh last period yg akhir..insyaallah awal bulan depan g scan baru dapat tahu due date)
********************************************************************************************
Ok..second good news.
Khamis minggu yang sama saya dapat tahun pasal saya peknen tu, kazen saya call bgtau dia pun pregnant. Saya tak tahu la adakah disebabkan pengambilan jamu tu tapi masa saya balik bulan doblas ari tu saya bg dia try sebotol Jamu Mak Dara..alhamdulillah tak habis makan sebotol dia dah lekat. Dia dah nak masuk 3 tahun kawen, dah puas mengurut. Dan saya rasa prgenant saya ni pun sebab ambik jamu tu..sebab sejak bersalinkan nuha period saya tiap bulan adalah sgt sikit, cam period yang nak habis tu & saya tak pernah pakai pad pun kalau period, cuma pakai panty liner. Pas amik jamu tu, keputihan kuar banyak & baru la period kuar darah merah cam biasa. Agaknya jamu tu membantu membersihkan peranakan :)
eh..dah termasuk crita pasal saya lak, sambung balik pasal kazen saya tu..skng ni dia tengah berbahagia meniti hari bahagia sebagai bakal ibu. Saya doakan semoga dia dipermudahkan segalanya...
*********************************************************************************************
Ok..last berita gembira.
Adik saya yang kawen baru-baru ni pun dah positive mengandung jugak. Hahahaha..maknanya tahun ni parent saya akan dapat 3 cucu serentak sebab adik saya yang sorang lagi pun tengah peknen 2 bulan. My atuk & nenek insyaallah akan dapat 4 org cicit termasuk la bakal anak kazen saya tu..
Sekian la berita gembira untuk keluarga kami..(kecoh jer, ingatkan cerita gempak apa la yang saya nak sampaikan kan??!) hehehe
21 comments:
ahakss.. kesemua berita gembira ini boleh di summarizekan menjadi 1 tajuk.. "Pregnancy" :P
Congratulations lia!!
hehe..thank beb..
saing ler kita tahun nih yerk?
tahniah!
tahniah kak.. pasni Nuha dah jd kakak.. hehehe..
sidaratul: hehe..yup, blh geng kan..
suzie: Thanks dik :)
tahniahh..xpe..setiap anak ada rezekinya..mcm sarah sejak pregnant mcm2 berita gembira..alhamdulilah
LIYA...congratssss.....triple joy lah ni utk parents lia (akak sedang dlm ketakutan sbb anak2 kita kan sama je tahun lahirnya..paham2 je la ye..)
sarah: betul tu..anak itu rezeki & rezeki mmg melimpah ruah masa peknen kan
kak sally: saya faham, penyakit berjangkit ni klu dah kena tk blh nk elak..ehehehehe
CONGRATS!!!penangan JMD hehe
tahniahh liya!!!
hehe heppinye parents liya sekalu 3 cucu tahun ni..
take care ok!
woweee syokkk
congrats beb, jgn emo2 sangat. sian kat baby tu nanti =)
Am: Tengkiu..jamu tu membantu prosesr penyuburan..hihihi
Farah: Jommmmm..ada geng. Hehehe
Yati: Aku kadang2 tu boleh lupa yg aku peknen. Boleh?? Sian kt bby ni..bukan niatku nk deny kehadiran dia pun. (mungkin aku masih terkejut ngan berita ni sbb mmg betul2 tk ready)
wow.. Congratulations!!!
bestnyer...
wah..tahniah ye!!
waa...hannan nk dpt adik lg ye,bestnya..congrat kak,sy baru tau citer..smlm jmpa tak tau citer lg..best2!!
salam.
kiter dapat agak dah. tahniah banyak banyak :)
adik kiter yg dah almost 2thn kawen pon baru +ve, due bulan puasa, then sebulan sebelum tuh pama saya bakal terima menantu baru.
double prosperity burger satu! hehe!
爱
Hanna: Alhamdulillah dik. Semua ni unplanned & unexpexted :)
(btw dik..rindu kt khayra)
Alis: Wah..berganda-ganda jugak nampaknya. Tahniah!!
tahniah,,,,smoga Allah terus murahkan rezeki lia sekeluarga,,,aminnnnn
Don??? Don pedro???
hehe..thanks abe.
congrats liya! bertambah lg srg family members ;) btw u look so slim & slender after 2babies. sgt kagum! nice to meet u just now, slm perkenalan..i add u :)
thanks mel..
slim after 2 babies sbb sangat penat melayan diorang tu.. Lasak, termasuk la yg girl tu.
Post a Comment