May 25, 2010

Surat Untuk Hannan

Hari ni 25.05.2010..insyaallah lagi 2 hari genap umur Hannan 3 tahun 2 bulan.
Entah kenapa hati mama tiba2 jadi rindu sangat pada Hannan.. Rindu senyuman Hannan, rindu gelak tawa Hannan & rindu dengar sembang2 Hannan.. Adakah kerana mama tengah mengandung adik Hannan so mama jadi emosional? Or adakah kerana kadangkala mama naik suara cakap dengan Hannan?

Maafkan mama sayang.. Kalau suatu hari nanti Hannan baca entry mama ni, mama nak Hannan tahu yang mama sayang Hannan sangat2, mama nak Hannan & adik2 jadi anak yang soleh & solehah. Mama nak Hannan jaga adik2 sebaik-baiknya, jadi contoh yang baik pada adik2. Jadi anak yang menjadi kebangaan papa & mama serta boleh memberi kebahagiaan kepada papa & mama dunia akhirat.

Doa mama semoga Hannan & adik2 sentiasa dilindungi olehNYA, sentiasa dijauhkan dari segala kemungkaran dan sifat2 keji. Semoga Hannan & adik2 sentiasa di jalan Allah.. Masa mama taip entry ni, air mata mama berguguran jatuh, mama tak boleh bayangkan kalau mama pergi dulu. Mama tak boleh bayangkan macamana keadaan anak2 mama. Nanti mesti mama sedih sebab mama tahu anak2 mama semuanya manja, terutamanya Hannan. Manja Hannan melebihi manja Nuha..
Tidur mesti nak sebelah mama, mesti nak peluk lengan mama. Bangun pagi mesti menangis bila mama tkde sebelah Hannan, tak macam Nuha. Hannan jadi bertambah manja bila mama mengandung lagi, adik kedua Hannan. Hannan jangan risau, berapa ramai pun anak mama..mama tetap sayang Hannan, sebab Hannan la yang terlebih dahulu beri title ibu kepada mama..

Hannan, mama minta maaf sekali lagi di atas segala kekasaran mama terhadap Hannan selama ini. Mama akui kadang-kadang kepenatan & keletihan mama buat mama jadi sangat sensetif..mudah marah, mudah melenting. Mama harap Hannan faham, mama betul2 letih..pagi2 mama dah kena angkut Nuha gi kl, jauh mama drive tiap hari tau. Sampai rumah memang separuh tenaga mama dah habis, mama kena masak lagi untuk papa, untuk Hannan & Nuha.. Sebab tu kadang-kadang terlepas kemarahan pada Hannan bila Hannan nakal sikit. Sepatutnya mama kena banyak bersabar, mama kena faham nakal budak macam Hannan kan. Sekali lagi, maafkan mama sayang..

Walau apa pun, mama nak Hannan ingat.. Mama tetap sayangkan Hannan dan adik2..sayang sangat2. Kalau boleh mama tak nak anak2 mama sakit,even terjatuh or terhantuk sikit pun. Kalau boleh biar la semua kesakitan tu mama yang tanggung. Mama tak sanggup tengok anak2 mama sakit.

Mama harap sangat Hannan baca entry mama ni suatu hari nanti. Semoga Hannan & adik2 tahu yang kasih sayang mama pada anak2 mama tidak ternilai harganya. Semoga anak2 mama jadi insan yang berguna dan semoga anak2 mama tak lupa jasa mama & papa pada kalian semua.

Akhir kata, mama saaaaaaaaaaayang sangat2 pada keluarga kita. Semoga Allah panjangkan umur kita semua & semoga kita diberikan kesihatan yang baik2. Dan semoga Allah menjaga hubungan keluarga kita hingga akhir hayat kita. Aminn

16 comments:

Eliss said...

alahai..sian hannan..ibu nya emosi bila pregnant tapi btol lah kata orang anak sulong lagi manja dari anak bongsu :)

Sarah Syazwani said...

ermm..xpela liya..mb sebab peknen kita nye emosi kdg kala x menentu..byk2 sabar yee

Nurhayati said...

pasti hannan terharu baca entry ni

♥ ZaKrEiZ 7678 ♥ said...

salam liya..
akak t'sentuh n tanpa akak sedari mata akak b'air baca entry liya nie..akak tau liya sygkan semua anak2 liya n i'm sure all of ur children pun tau..biasalaa..masa kite kecik2 dulu pun mak kite pun cengitu gak..sampai kdg2 kite rasa cam dorang x syg kite lagi..padahal..hanya allah yg tau..akak pun doakan semoga kluarga liya sentiasa happy, sihat walafiat..akak suka tgk anak2 liya..syukur pd allah sbb kurniakan anak2 yg comel, sihat pd liya n haris..akak tumpang gembira..

HaniFadil said...

Nicely written. Hannan anak sulung, macam yusuf fahim, manja dalam mengalah dgn adik-adiknya.

salina said...

tsk tsk tsk..sedihnya la mama....tapi itulah seorang ibu. tiada orang yg lebih hebat daripada seorang wanita bergelar IBU. insyalllah, allah mendengar doamu ini dik...

SemuaTentangKita said...

Eliss: Betul, sian Hannan..kadang2 aku tk boleh kawan emosi. Pernah sekali aku marah dia dalam keta sbb asek usik adik dia. Pastu dia nangis (cam berjauh hati) then ambik tangan aku & cium. Rasa nak jatuh air mata aku masa tu. Pastu aku peluk & minta maaf kat dia :(

Sarah: Tu la,harap2 keadaan akan kembali spt biasa pas bersalin nanti. Doakan sy..

Yati: Aku harap pun macam tu, supaya dia tahu yg aku marah tk bererti aku tk sayang dia..

Kak eiz: Thanks kerana memahami kak..betul kata akak tu hanya Allah yang tahu perasaan ibu terhadap anak2nya..

Salam Asmahani: Thanks..Hannan terlalu manja, kdg2 sblm tidur ambik tangan kita letak kt punggung dia suh tepuk2..

SemuaTentangKita said...

kak sally: Tk tau mcmana nk luahkan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya kan kak..tk boleh digambarkan dengan apa yg ada di muka bumi ni :(

Dee said...

alamak sis..i baca pun sedih..moga hannan pahamlah apa yg cuba sis sampaikan..

Izwa Kamaruddin said...

nangis la kak..sb org pun same mcm ni..biler penat skit msti dia yg kene sb nyer dia cm kacau adik je...
sedih..

SemuaTentangKita said...

Sis dee: Harap2 cam tu la kan, semoga bila kita tua nanti diorg blh jaga kita mcmana kita jaga diorg..syahdu jer..

Izwa: Disebabkan nk tebus kesilapan tu, ari ni akak belikan dia toys..hehehe..boleh gitu????

Anonymous said...

anak sulung manja dia lain..mcm sensitif skit tp dia x pamerkan.

SemuaTentangKita said...

tk tau la has..sbb lia anak kedua tp tgk hannan dia manja & penyayang. Klu dgr mama dia sok sek selsema mesti dia tanya "mama nangis ker?" prihatin btl...

Mrs Razif Suka Pink said...

sedey nye lia. Terharu kpai. Betul la tu... budak2 sumer nyer sama. Diorg nkkan perhatian dan belaian. Kalau kita termiss kejap melayan adik dia, dia mula la buat perangai. Pastu, dia lak yg kena marah ngan kita. Kadang2 rasa bersalah gak. Moga pas lia dh bersalin nanti sumer seperti sediakala. =)

SemuaTentangKita said...

hehe..masa kak pai tanya knp lia nangis tu sebab entry ni la :)
Sedih sungguh hati masa tgh menaip..

don said...

hannan,,,,,mmg sah nasib kita serupa...(nyayi la lagu kita serupa tu)...)uncle duluuuuu duluu pun masa mama uncle pregnant kan adik uncle,mama uncle slalu mrh2 kn uncle gak,,,selalu tengking2 uncle,cubit uncle,rotan uncle,,mcm la uncle ni anak angkat dia,,,dh x der perasaan nk ckp lembut2 dh ngan uncle...pantang uncle wat salah sikit mesti kena,,,,tp skg uncle dh besar,,,dh tahu yg sumer mama uncle wat dulu2 tu sebab dia penat hannan...and hannan pun bila baca entry mama hannan tu nnt pegi la peluk mama hannan k,,,and kalau hannan dh keje,masa tu belikan dia gelang berlian ker,tas tangan Bonia ker,baju ed-hardy ker,,,mama hannan suka shooping tau,,,hehehehee...ka la hannan...smoga hannan menjadi anak yg baik,anak yg diinginkan oleh mama hannan k,,,,chowwww....