Jun 17, 2010

Kelahiran Pra Matang

Entah kenapa, sejak dari petang semalam hati saya tiba2 terdetik..macamana kalau kali ni diuji dgn kelahiran pra matang??? Serius saya jadi seram, baru la teringat satu persiapan pun tak buat lagi. Baju2 tu mungkin boleh pakai baju kakak dia sebelum ni, so tk perlu beli banyak. Tp persiapan dari segi mental dan fizikal memang belum ada lagi.. *Minta-minta la dijauhkan*

Risau saya ni seolah-olah ini adalah kali pertama preggy :) Peknenkan hannan dulu pun tak terfikir pasal ni.. Pastu lagi terfikir macamana kalau kali ni kena ceaser..huh, sungguh la daku berfikir yang bukan-bukan..

So saya try la gugel info pasal kelahiran pra matang ni. Jom kita share sikit..

Kelahiran pra-matang ialah kelahiran yang berlaku sebelum kandungan berusia 37 minggu. Ia boleh berlaku secara spontan atau kerana di ‘induced’ disebabkan oleh komplikasi kehamilan.

Sebab-Sebab Kelahiran Pra-Matang
Uri yang tidak normal
Masalah pangkal rahim yang longgar
Jangkitan kuman pada sistem peranakkan
Masalah perubatan pada ibu seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya
Masalah pada bayi dalam kandungan


Risiko
Terdapat banyak faktor boleh menjurus kepada kelahiran pra-matang. Sesetengah dapat diatasi oleh anda sendiri seperti:
Merokok
Minum alkohol
Menagih dadah
Badan terlalu kurus
Kekurangan zat makanan yang keterlaluan

Menghindari faktor diatas akan memberi peluang untuk kandungan anda menjadi matang (38-42 miggu) .

Risiko-risiko lain yang tidak kurang pentingnya termasuklah:
Gusi berkuman
Jangkitan kuman
Hormon tak seimbang
Pangkal rahim yang longgar( cervicle incompetence)
Rahim terlalu sensitif
Uri berkedudukan bawah (Placenta Praevia)
Masalah perubatan seperti darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan sebagainya
Tekanan emosi yang keterlaluan
Umur dibawah 17 tahun
Umur melebihi 35 tahun
Fibroid
Kandungan kembar
Bayi yang tidak normal
Sejarah kelahiran pra-matang sebelumnya

Tanda-Tanda Kelahiran Pra-Matang
Kelahiran Pra-matang merupakan komplikasi yang sangat serius. Tetapi ramai wanita tidak memahami tanda-tanda awal kelahiran ini. Sekiranya dapat dikesan lebih awal, mungkin ia akan dapat dicegah dan memberikan bayi anda peluang hidup yang besar. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti dibawah, berjumpalah dengan doktor dengan seberapa segera.

Keluar cecair dari faraj terutama bila ia secara tiba-tiba dan banyak
Pendarahan kecil atau keluar darah bercampur lendir dari faraj
Sakit perut seperti senggugut atau mengalami 5 kontraksi dalam masa satu jam
Rasa tekanan dan berat pada pelvis
Sakit belakang
Bengkak pada muka dan mata
Pedih semasa kencing
Muntah

Bagaimana Untuk Mengurangkan Risiko Kelahiran Pra-Matang
Hindari dari jangkitan kuman seperti kencing kotor atau jangkitan faraj-amalkan penjagaan faraj yang optimal.
Amalkan penjagaan dental yang baik-berjumpalah dengan doktor gigi sekiranya ada masalah terutama sebelum merancang untuk hamil.
Jangan merokok, minum alkohol dan ubatan yang tidak disarankan oleh doktor
Cegah dehydrasi dengan meminum air 8 gelas sehari.

Rawatan
Rehat sepenuhnya samada dihospital atau dirumah
Hindari dari hubungan seks
Ubatan seperti ventolin mungkin akan digunakan untuk menghentikan kontraksi dan mengurang kecutan pada rahim.
Suntikan Dexamethasone untuk matangkan paru-paru bayi
Antibiotik sekiranya anda mengalami sebarang jangkitan


Pas baca artikel ni baru rasa lega sikit..tanda2 tu so far tkde lagi :) Alhamdulillah..
Kalau kawan2 nk tahu banyak benda pasal kesuburan, or kandungan baik klik sini. Sangat banyak info yang kita boleh dapat.

6 comments:

ratna said...

lia.. kalau nak tau.. dua2 anak saya lahir pra matang. yg sulung masa 34 minggu.. dan yg kecik tu 32 minggu. bila baca artikel yg awak pastekan itu.. maybe saya dah tau sbb musabab ngapa saya bersalin awal. actually bila menjaga diaorang tak berapa susah sbb naluri ibu tu dah ada.. tp kena jaga dgn rapi sbb diaorang ni fragile. senang kena penyakit. tp bila dah besar senang jer..jaga mcm budak dah besar jugak la.. thanx for the info.

Dee said...

sis..insyaallah xde apa2..jgn melompat bila nmpk lipas, cicak n tikus dahlah..kang jd cam my cousin..terberanak 8 bulan..kecik je baby dia..1.7kg..tp sihat..

salina said...

hah betul kata kwn2 semua..yg penting, lia jaga diri...dan makan. insyallah takde pape..

SemuaTentangKita said...

Ratna: Ye ke? cam mana blh jd mcm tu? tp ye la kan, semua tu urusan Tuhan.

Sis Dee: Alahaiii..takutnya. Seb baik la sy ni klu nampak binatang2 tu tk melompat..

Kak sally: Doakan yg baik2 utk lia k..tq in advance :)

Am said...

thanks 4 d info...am pun x terpk pasal nih..alhamdulillah so far tanda2 tu xde... harap2 cukup bulan la hendaknya...

SemuaTentangKita said...

Am, harappp2 gitu la kan. Semoga selamat semuanya. Aminn