Jun 10, 2010

Sekadar Berkongsi

Salam kawan-kawan..

Blog ni dah lama tak ber'update'..since saya demam ari tu rasanya ini adalah entry pertama.

Saya just nak share email yang saya dapat dari ofismet ni. Mungkin ada yang dah dapat tapi saya tetap nak share untuk kawan2 yang mana tak baca lagi.. *Sedih*..itu shj word yang boleh saya komen..



******************************************************************************************

Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang
ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan.
Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak
dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak
share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup
kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza .
Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and
Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan
kebuluran... "Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan
dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza .
Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami
bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat
Palestine … Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn
pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge
naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel .
(Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam
lain..UIA pun dah bagus!!!)



Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino! Kata wartawan
dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !
Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata
rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.

Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat
Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia
mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan
Los Angeles kalau tak kerana peperangan..



Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila
bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke
sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.

Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah
berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel
…punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih
je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They
operate in small groups.

Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati
syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.. Bagi mereka, kanak2 yg
mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid,
hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat
hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus
dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak
turun dari kereta kebal.


Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab
tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine
kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel
tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...


Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2
tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana
trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius.
Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2
kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom
fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali
kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan
tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan
tulang…Nauzubillah. Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang
memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh
beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran
kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita
shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di
mana jua mereka berada..

Wasalam.
















4 comments:

salina said...

hmmm dah baca emel ni, tapi still baca lagi. nak komen satu jer. Mesir tu mmg sangat sekular dan jahat, in fact. Dia ni sekutu Israel sebenarnya. kata negara islam tapi hampeh. itu yg Tun M dok kata dlm OIC selalu "org islam sendiri tak bersatu dan saling membantu sesama sendiri. yg kuat dan byk duit haram tak tolong yg lemah". tu nak refer kat Mesir la tu tapi depa ni tak reti bahasa...huisshhh tunggu je la balasan Allah...wallahua'lam

SemuaTentangKita said...

bak kata seorg ahli parlimen (tk ingat sapa), ayat dia lbh kurang mcm ni " kenapa negara2 islam di bawah OIC tk kumpulkn bala tentera & serang balik israel?".. Betul jugak kan kak??? Israel makin melampau sbb dia rasa tkde kuasa yg akan berani perang dgn diorg..

Mommyyus said...

Ya Allah..sebak & insaf saye bace entry ni....Subhannallah

SemuaTentangKita said...

Mommyyus: Sedih kan..tk sanggup tgk gambar mayat budak2 tu :(