Jun 27, 2010

Tonsilitis dan Refleksologi.. *PEMBETULAN*

***********Minta maaf...Ada pembetulan sikit, nama kedai tu THERAPY ZONE ok.. Suka2 jer saya letak blind massage kan..ekekek :) Sorry ok.. *********




Alhamdulillah....rasa lega sangat-sangat Hannan dah boleh bernafas melalui hidung..yup,normal la bernafas ikut hidung kan, apa yang nak dihairankan. Tapi dalam kes hannan, sejak dia menghidap (erkk..bunyi cam serius) tonsilitis dia bernafas ikut mulut..MULUT ok kawan2. Dan sangat la seksa tengok dia time tidur..berdengkur sangat kuat dan ada masanya pernafasan dia seakan-akan tersekat (maybe sapa-sapa yang ada pengalaman mesti tahu macamana). Saya pernah buat entry pasal sakit dia sebelum ni and kawan2 yang rapat terutamanya kawan2 kat ofis tu tau la macamana saya selalu ambik cuti sebab jaga dia sakit.

Saya ada rakam video macamana teruknya tahap dengkuran hannan tapi tak reti sgt nak upload video..pernah try tapi bapak lambat dia nk upload.

Hati ibu mana la yang sanggup tengok anak menderita sakit kan. Even dia tak sakit setiap masa tapi kalau boleh saya nak biar la penyakit tu nyah terus dari dia. Nak cerita sikit how bad dia punya tonsilitis, pernah beberapa kali hannan tak makan 2 or 3 hari disebabkan tonsil dia membengkak. Sampaikan air masak pun tak mampu dia nak telan ;(

Entah macamana suatu hari tergerak hati nak bawak dia pegi buat refleksologi kaki (syukur dan saya sangat berterima kasih kepada kawan sepejabat yang perkenalkan saya dengan tempat ni) Ekceli kawan saya share yang dia g buat massage kat kedai ni so saya pun try la buat jugak untuk diri saya tapi memandangkan saya tengah preggie so urut kat bahu and tengkuk jer la.

Selepas beberapa kali try nak buat appointment alhamdulillah nampakya rezeki hannan masih ada. Sebelum ni macam2 halangan..(punya la DIA nak uji kita kan)
So pagi semalam, masa tengah prepare breakfast henfon saya ringing and bila appear nama kedai tu baru teringat yang saya ada buat appointment. Orang tu nakkan confirmation jadi tak saya punya 'date' kul 11 a.m. Saya pun dah macam on off sebab masa tu dah kul 10 a.m tak tau sempat sampai kul 11 or tak. Jauh tuuu..shah alam - kl. (Kebetulan pulak nuha tk berapa sihat)

Bila cakap kat hubby, hubby kata on!! (hubby adalah insan yang sentiasa berfikiran positif...tak macam saya).. So pas breakfast, saya pun cepat2 mandi & bersiap. Mujur la hannan & nuha saya dah mandikan siap2 (owh..diorang memang sentiasa mandi awal, bangun jer saya akan pastikn diorang terus mandi)

Kuar rumah kul 10.50..hehehe, memang lewat la jawabnya kan sampaikan diorang 3 kali call tanya jadi ker tak. Alhamdulillah kul 11.30 sampai gak tapi kakak yang mengurut tu kata dapat buat 1/2 jam jer sebab kul 12 orang lain dah book. Saya pun setuju sebab dah salah sendiri kan..sapa suruh lambat..(seriously, saya memang betul2 tak ingat saya ada buat appointment)

Syukur la sepanjang sessi mengurut tu hannan tak menangis or meragam..faham2 la kan, refleksologi ni boleh tahan gak sakit. Hannan ok jer sambil layan game kat henfon mama dia, cuma sesekali tu nampak jugak dia tunjuk reaksi sakit. Kak Jah tu pulak pandai ambik hati budak so takde la hannan takut sangat. Oh yup, Kak Jah adalah the owner of the kedai.. dia memang terer la..

Ok, sebenarnya saya nak share kesan dari buat refleksologi tu. Syukur alhamdulillah, balik dari mengurut tu hannan tertidur dalam keta and dia dah TAK BERDENGKUR. Saya sangat la gembira sampai rasa nak menangis.. dan malam ni pun dia dah boleh tidur dengan lena. Kalau tak, setiap malam mesti dengar dengkuran dia yang menyeksakan tu. Dan the best part is dia dah boleh bernafas macam orang lain..(serius saya sebak nih)

So kawan-kawan kalau ada sapa2 yang ada anak menghidap tonsilitis tu try la buat refleksologi. Saya cadangkan pegi la BLIND MASSAGE kat Maju Junction,kl ni. Entry ni tak berbayar ok, tapi apa salahnya berkongsi benda baik kan. Saya gembira kalau anak korang pun boleh sihat cam hannan. Kalau nak pegi kena buat appointment dulu terutama hujung minggu dan masa buat appaointment tu please request Kak Jah yang urutkan. Kalau tak request nanti diorang bagi kat anak2 buah dia yang buat. Owh yep, lupa nak inform..semua tukang urut kat kedai ni adalah insan2 yang cacat pengelihatan (Termasuk la kak jah sendiri). Tapi kuasa Allah kan, walaupun cacat tapi DIA bagi kelebihan lain yang tkde pada insan celik cam kita ni.

Dan saya rasa bukan tonsilitis jer kak jah boleh tolong,macam2 lagi. Masa buat appointment tu kalau boleh try la bercakap dgn dia sendiri..eksplen sikit pasal sakit anak korang tu. Tapi kalau tak dapat booking jer kak jah ni,just set time jer. Harap2 dia boleh tolong, saya bukan nak bagi jaminan akan sembuh 100% tapi tak salah kita mencuba sesuatu yang baik kan. Macam saya, saya try usaha & tawakkal..saya yakin ada jalan penyelesaian untuk setiap masalah. Saya nak hannan sembuh cepat sebab saya tanak dia dioperate.

Ni contact number Therapy Zone tu.. 03-26933523. Kedai dia terletak kat LG floor Maju Junction. Saya plan nak bawak hannan gi sana lagi..biar betul2 hilang sakit dia tu.


P/s: Langsung tak ingat nak amik gambar.. tapi tkpe, janji saya tahu hannan dh beransur sembuh. (serius sangat legaaaa bila dia tak berdengkur & nafas tak tersekat2 lagi)

8 comments:

syazharchoixee said...

alhamdulillah.....
sbg seorng ibu...is pon turut sama bersyukur coz akak dah temu jln alternatif selain dr bedah...
semuga hannan terus baik dan sembuh dr pnyakit tonsil yg dialami..
amin....

wahida said...

liya..abg pun ada tonsil gak..sib baik liya wat n3 psl ni..nak suggest kat my hubby la pas ni..thanks 4 ur info..
anyway..aku tumpang hepi hannan dah sembuh..

salina said...

i'm happy for hannan and you..kesian la tgk budak2 kecik mcm dia dah kena sakit mcm tu. mmg kesian sgt...alhamdulillah dah ada jalan penyelesaian walaupon tak 100% teruskan usaha..wang ringgit boleh dicari..anak bukan senang nak cari, kan....bila baca entry lia ni..akak pula rasa mcm nak ke sana nak berurut...ada ke patut?

Qaseh Suhaida said...

alhamdillilah la...semua hannan bertamb sihat dan ceria.

SemuaTentangKita said...

Is: Tu la dik..wlupun belum sihat sepenuhnya tapi dah nampak perubahan. Syukur sgt..

Wahidah: Try la g..harap2 dpt membantu.

Kak sally: Eh, kalau akak nak g pun boleh. Sedap tau dia urut..lebih2 lagi urut bahu..relief!!!

SemuaTentangKita said...

qaseh: tq..aminnn

Mrs Razif Suka Pink said...

alhamdulillah, hannan dah okay. Athif punya masalah lak kerap sneezing, every morning beberapa kali. Pastu asik meleleh jer idung dia. Leh try gi situ gak ker?

Time tido pun kdg2 dia bernafas ikut mulut. Cian gak tengok dia.

SemuaTentangKita said...

tkde la sembuh 100% tapi alhamdulillah nampak la perubahan tu.. Try la kak..x salah kita berusaha kan. Kot2 dia serasi..