Don't strive to make your presence noticed..just make your absence felt.
Nov 30, 2010
A.S.M.A.R.A..Terjerat Dalam Perjanjian Nyawa
Asmara??? atau Asrama?? (cukup2 la dengar perkataan asrama ni..9 tahun tau saya duduk asrama..since form 1 sampai la belajar kat UiTM. SO word asrama adalah diharemkan..hahaha)
Nak sembang pasal Asmara kt TV 3 tu laaa..ada kawan kata malam ni episod last. Tak tau mana sumber dia dapat tap mungkin jugak kan. Seingat saya, cerita2 dalam slot Lestari ni memang best2 kan dan cerita yang paling membosankan adalah tiap malam isnin..skng ni Arjuna. Hohh..memang tak layan langsung. Rasa cam mengarut sangat cerita tu..tak tercapai dek akalku!!
Hubby saya kan..kan..kan.. (ehh, ni apa hal cerita pasal hubby ko lak nih???) Dia ni kalau dah tertengok satu rancangan tu, pastu saya lak jadi story teller tolong storikan dari episod first gerenti pastu dia akan follow..hehehe.
Dulu2..cerita dari Indon, apa ntah tajuk dia..Puteri Yang Terbuang kot. Disebabkan saya menstorikn dengan penuh perasaan terus dia terjatuh cinta dengan sinetron iteww ;).. siap follow tiap malam, sanggup tu tunggu kul 11. Hehehehe..sampaikan saya kena gi kursus seminggu, dia pulak yang jadi story teller tolong storikan untuk saya apa kesudahan cerita tu.
Sebelum Asmara ni, saya 'racun' dia untuk tengok Adamaya..hahaha. Memang dia akan balik awal tiap hari..kul 6.30 dah ada depan tv (melainkan dia ada hal2 urgent kat ofis petang tu ;p).. Saya memang seorang Story Teller yang terbaik untuk dia..hahaha
Ok..ok..stop cakap pasal hubby saya yang boleh tahan jiwa2 tu (wlupun muka tak nampak seorang yang jiwa2 ;D)
Bibik saya punnn (hahh..cakap pasal bibik pulak) sukaaa sangat layan Asmara tu sampai sanggup tahan mata. Kalau tak, kul 9 dah masuk tidur ;)..Saya tak kisah dia tidur awal sebab dia bangun awal dan dia jenis yang tak 'betah' duduk diam, ada jer benda dia nak buat..so dah sah2 la dia penat kan. Tapi disebabkan asmara, dia akan tidur kul 10 ;p..
Ok.ok..kali ni betul2 stop. Nanti malam kita sama-sama tengok Asmara ok ;)
Tapi kannnnn..baik la sangat Asmara tu kan...hihihih.
STOP!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
aku dah lama tak layan cerita bersiri ni, haduihhh takde masa T_T. babe, aku dah balik KK semalam...eheheh. anyway, insyallah kita jmpa tahun depan. yeayyy!
oohhh begitu rupanya cerita org kemaruk sinetron yerrr..hahahahaa..akak ni ha tak sempat nak tgk asmara..tgk berita pun chaloooo...
As & kak sally: cuba la tgk malam ni.. kalau ada masa :)
Post a Comment