Nov 26, 2010

It's already 5!!!!


Alhamdulillah..hari ni 26 Nov adalah ulangtahun ke 5 perkahwinan saya dan mr asben. Hari yang sama (Jumaat) 5 tahun lepas saya sah bergelar isteri. (syahdu kejappp)

Ada orang kata 5 tahun pertama perkahwinan adalah tempoh suai kenal..tak tahu betul ker tidak. Kalau betul maksudnya saya dah lepas tempoh itu :)
Adat la kan, kata orang (lagi2 kata orang) pantai mana yang tidak dilanda badai..macam tu jugak la rumahtangga saya..tak lepas dari selisih faham. Tapi alhamdulillah, semuanya dapat diharungi bersama.

Hubby selalu cakap, saya adalah yang terbaik untuk dia dan saya pun fikir yang sama. Dia adalah lelaki terbaik untuk saya..lelaki yang paling sabar melayan karenah saya. DIA Maha Tahu kan, dianugerahkan lelaki sesabar hubby untuk saya.. Alhamdulillah.

Dalam masa 5 tahun ni juga kami dikurniakan anak2 yang comel & cerdik (tak salah kan puji anak sendiri sikit2 ;p) Walaupun ada masanya kepala saya ni pening nak melayan 3 orang putera & puteri kami tapi sebenarnya saya bersyukur dengan harta ini. Semoga DIA kuatkan keimanan & kesabaran saya dalam mendidik mereka.

Hadiah??? so far belum dapat lagi..tak mengharap sangat tapi kalau dapat pun best gak kan..hehehehe. Saya cuma order bunga kat blooming.. special delivery untuk dia pagi ni. kengkonon sepraisss la ;D.. Tak tahu nak hadiahkan apa untuk orang lelaki ni. Tapiiiii..tu kat umah tu dah ada 3 orang saya hadiahkan untuk dia..laaaaagiiiiii special. Siap boleh bercakap, gelak ketawa bagai.. :)

Ini la hadiah teristimewa untuk hubby sempena ulangtahun ke 5 ni.. ;)

Psssstt..psssttt..besok nak g melaka..hoyehhh..


8 comments:

Unknown said...

ooowwhhh!! Happy Anniversary to u both !! ... Semoga bahagia ke anak cucu and cicits ^_^

SemuaTentangKita said...

tq very much papakeechee ;)

Nurhayati said...

setuju.. hadiah paling terbaik adalah anak2..tapi kalau dapat hadiah lain lagi best, kira bonus :)

again, HAPPY ANNIVERSARY LIYA & HARIS. moga bertambah2 murah rezeki kalian dan bertambah anak jua ;)

Sarah Syazwani said...

happy aniversary...semoga kekal ke akhir hayat

salina said...

yes..setuju..hadiah yg bertiga tu pun dah cukup grand saga yuuu....

SemuaTentangKita said...

Yati & sarah: Thank You so much...Aminnn :)

K.sally: tu la kan, tak boleh beli kt kedai hadiah yg sy bagi kt dia ni :)

A.H.A.D said...

hepi 5th anniversary!

penat bru bersalin tu lah hadiahnye hehe..

aik auni cam dh bole duduk jek :)

SemuaTentangKita said...

Thanks gee..hehehe..blm boleh duduk,mama dia yg dudukkan ;)