Petang semalam dah sms hubby awal2 kata taknak masak untuk dinner and dia pun kata ok jer. Tapi bila tengok first half tu cam boring jer saya pun masuk dapur..masakkkk. Sempat la masak 2 lauk & pastu suap anak2 makan.
Second half baru bersemangat sikit pas tengok gol cantek & terbaek dari safee sali..hehehe.
First time after 14 yrs..sapa tak bangga kan? Nak2 pulak menang di tempat lawan,memang ada kelebihan. Terima kasih la kepada PM kita yang berbesar hati bagi public holiday untuk semua rakyat malaysia Jumaat ni =).. Baru la dikatakan 1 Malaysia gitu..ahakss.
Okeh..okeh..selamat bercuti untuk semua, yang nak balik kampung tu bawak keta elok2. Yang nak gi bercuti-cuti 1 Malaysia tu jaga diri baik2, jangan lupa minggu depan dah masuk tahun baru. Kena mula semuanya dengan azam dan semangat baru. Semoga tahun depan lebih baik dari tahun ini..insyaallah...
Yeayyyy!!!!!!
No comments:
Post a Comment