Masa lunch ngan ofismet semalam, sembang-sembang pasal unsur kejadian.
Masing-masing cam terer..cam tau jer sifat2 mengikut unsur tuh..ehehehe. Tapi untuk lebih pasti lagi jom kita baca sama-sama. Tak tau la saya pernah share pasal ni ke tak..kalau pernah pun takpe kita baca lagi sekali naa..
Info ni pun saya google..thanks to google sebab selalu bantu saya ;)
Sebelum tu kita tengok dulu korang ni dalam kategori/unsur apa..tapi yang ni untuk orang lelaki dulu. Boleh lah tengok..sama tak ngan sifat2 somi korang ;)
Penentuan Jenis Unsur Lelaki Berdasarkan Anak Keberapa:
Samada seseorang lelaki itu tergolong kepada jenis Tanah, Air, Api atau Angin boleh ditentukan menerusi anak keberapakah dia. Susunan unsur ialah:
(1) Tanah pertama kelima kesembilan
(2) Air kedua keenam kesepuluh
(3) Api ketiga ketujuh kesebelas
(4) Angin keempat kelapan keduabelas
TANAH (JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)]
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang yang menyedari kewujudannya di sini dan kini menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sabar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.
AIR (JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)]
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.
API (JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)]
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya
ANGIN (JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana
Haaa..amacam? ada yang betul tak? Hubby saya dalam unsur air..cam ada yang betul dan ada yang tak betul ;P
Yang ni untuk golongan wanita sejati pulak..
WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang.
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.
WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat.
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan.
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis.
6) Mudah menangis.
WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan.
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik.
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga.
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu.
6) Berwaspada selalu.
WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan.
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah.
Saya anak ke dua cam hubby..unsur air. Bila baca yang pompuan punya ni rasa cam semuanya betul..ahakss. Tapi dalam satu2 masa saya boleh bertukar menjadi wanita tanah, api & angin ;)
P/s: Sekadar suka suki di hari tuesday..
3 comments:
tanah! tp mmg blh bertukar jd api & angin jugak! hehehehe
blh bertukar-tukar ikut keadaan kan has ;)
wah laki ku api weh.. rasanye yang api patutnya aku hehehe
Post a Comment