Jan 16, 2011

Saya Suka Memasak

Walaupun saya tidak terer memasak tapi saya saaaaangat suka masak..esp untuk somi & anak2 la kan. Sekarang ni boleh dikatakan setiap malam saya akan masak untuk dinner..(menyambut seruan azam 2011 untuk menjaga pemakanan ;p)


Lagi best memasak mesti la bila hujung minggu kan, sebab tak payah rushing. Boleh prepare awal2 bahan untuk memasak tu. Saya ni masak main campak2 jer..erk, tapi sedap. Wahahaha..


Yang ni menu dinner malam tadi..saya buat dalam masa tak sampai sejam setengah (elehhh..orang lain lagi cekap tak kecoh punnnn)

Jom menjamu mata ;)



Sambal 'kolestrol' + petai..(seafood allowed once a month) ;p

Daging kicap yang tak berapa nak hitam (saya buh sikit serbuk kurma)

Sayur campur goreng

Even nampak simple tapi semuanya ni disediakan & dimasak dengan penuh kasih sayang ok..
(Gerammm..bibik buang ulam daun selom yang saya rendam nak bagi fresh balik )
P/s: Ahad sudah..besok sila masuk ofis dengan gigih cam biasa.

4 comments:

salina said...

nyum nyum terliurnya tgk sambal udang tu...dan sayur tu..daging akak tak makan..hehehehe..kira cekap la sangat tu sbb dlm tempoh tak sampai sejam blh msk lauk2 camgini...klu akak, paling bercinta nak msk daging (sbb haku tak makan hahaahhaaaaa)...

SemuaTentangKita said...

kak..tak sampai sejam setengah..bukan tak sampai sejam. Klu betul la, mmg terer la haku masak 3 lauk dlm masa kurang sejam..hehe

salina said...

opss silap yer..mahap yer..

mummy_adam said...

saya pun suka masak tp xpandai masak :(