Ehehe..tajuk ada seram sikit. :)
Sebelum bertindak apa2 biar kita kenal dulu dengan musuh..baru tau apa yang perlu dibuat. Ni biodata sang IBLIS LAKNATULLAH..kalau tak kenal lagi baik baca ni..hehehe
Nama sebenar : Iblis Laknatullah
Nama glamour : Hantu, syaitan, pelesit, jembalang, dll
Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri : Fasik kelas pertama
Agama : kufur
Tempat Tinggal: Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka Jahanam
Kawasan : Di setiap penjuru yang di dalam hatinya tiada usaha langsung untuk mengingati Allah
Arah perjalanan: Tiada haluan dan bengkang bengkok
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah, Rasul & suaminya
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang & memusuhi Allah
Modal pusingan: Angan-angan kosong dan tipu daya yang halus
Tempat pertemuan: Konsert-konsert hiburan, pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Sahabat karib: Anak-anak Adam
Motto kerja : Hipokrasi asas akhlak
Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkan
Cita-cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Sukan (yg Tidak digemari) : Acara Langkah Seribu (semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan diri: Bila manusia beristighfar
Mentor yang dikagumi: Menusia yang mempunyai kelebihan dari dirinya
Logo : Sebarang tatu
Pejabat operasi: Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat2 maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan: Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan: Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT
Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari kiamat
Matlamat sebenar : Membawa anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam
Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah
Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Peristiwa yang tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s
Kenangan manis : Di waktu manusia diambang sakaratul maut, mati dalam kekafiran
Kenangan pahit : Manusia yang digodanya mati dalam keimanan
Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala jenis najis & kekotoran
Minuman yang digemari: Wiski, brandi, taqila, todi, wine, arak dan semua minuman yang memabukkan
Yang paling ditakuti: Orang mukmin yang bertakwa
Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat pelengkap : Wanita-wanita cantik, model, pelacur, pragawati dan sebagainya
Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allh di hari kiamat kelak
yang paling membosankan: Bila tiada lagi manusia yang mahu mengikut kemahuannya
Tugas yang paling meletihkan : Mengganggu manusia ke arah kebaikan kerana Allah Taala
Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan homoseks, lesbian dan berzina
Janji kepada manusia : Janji kosong, angan-angan dan tipu daya
Yang membuatnya gembira : Manusia yang mengikut jejak langkahnya
Saat yang mendukacitakannya : Manusia yang mempunyai cita-cita untuk bertaubat
Yang membuatnya menangis : Bila manusia yang disayangi sujud kepada Allah SWT
Haishhhh..cam ada jer yang kena kat diri sendiri. ;)
Tak mau la jadi kawan Iblis kalau boleh biar la Iblis benci nak berkawan ngan kita kan..
Happy Friday Uollsss..
3 comments:
huwaa!! kadang2 termengumpat org...mcm mana neh? huhu!!
kena banyak istighfar ni...
wawawawa..tajuk pun dah cukup menggerunkan..memula baca akak ingat Jom Berkenalan Dgn BILIS sekali tu IBLIS daaaa...
apapapun, thanks 4 sharing yer...minta2 kita tak jadi sahabat baik beliau :-)
Post a Comment