Don't strive to make your presence noticed..just make your absence felt.
Mar 6, 2011
Petua - Dari Ustaz Darussyifa'
Semalam, sabtu..saya anak beranak temankan adik saya bawak anak dia gi Darussyifa'.
Anak dia asyik menangis siang malam tak tau sebab apa..nak kata sakit perut tak jugak, lapar..tak jugak. Tapi kalau tak silap saya dia pernah cakap yang anak dia tu terkena gangguan di rumah sewa diorang..(ni ustaz yang cakap..tapi bukan ustaz Darussyifa')
Kita ni biar ada usaha, lepas tu tawakkal..berserah padaNya. Hanya DIA yang tahu kenapa baby adik saya tu macam tu kan.
Kebetulan dah pegi sekali, saya & hubby pun amik kesempatan la minta ustaz kat situ tengok2kan hannan & nuha. Tapi ustaz kata nakal2 biasa jer..budak aktif tu tandanya dia sihat & cerdik (ni ustaz yang cakap ok..bukan saya memandai-mandai)
Yang paling best dan yang saya nak kongsi ngan korang semua ni, ustaz sempat bagi tips macamana nak bagi anak2 dengar kata, cerdik & lembut hati.
Caranya, tadah air sisa wudhuk kita start dari solat maghrib, isya', subuh, zuhur dan asar keesokan harinya. Ibu yang kena buat tau, bukan ayah.. Air sisa wudhuk tu maksudnya air yang jatuh/terkena anggota wudhuk kita termasuk air masa berkumur..So air yang ditadah tadi dijadikan air mandi untuk anak/anak2..
Ustaz tu kata kesannya akan nampak selepas 21 hari..tapi kalau buat lagi kerap lagi baik. Dia kata untuk ibu2 yang bekerja, boleh start dari maghrib hari jumaat then lepas asar tu dah boleh mandikan anak dengan air tadahan tadi.
Mungkin ada yang dah pernah dengar tips ni..kita try la kan mana yang baik. Semoga anak2 kita menjadi anak2 yang baik..mendengar kata & cerdik. Insyaallah...
P/s: Saya selalu tertanya-tanya..anak aku sorang jer ker yang aktif macam ni?? Tapi bila tanya kat kawan2 rupanya anak diorang pun sama..terus legaaa hati ini ;)
p/s/s: Ustaz jugak pesan, kalau2 anak kecik kita (baby) asyik menangis sedangkan dia sihat & tkde gangguan, cuba ingat2 semula kalau2 ada nazar yang tak tertunai. Contohnya kalau2 ayah, ibu or datuk nenek dia ada bernazar klu dapat baby nak puasa ke..nak botakkan kepala ke.. Nazar yang tak tertunai jugak boleh jadi sebab kenapa baby kita asyik menangis..dia nak bagi signal bahawa kita masih 'berhutang' nazar.
Wokeh..selamat berhari ahad..beberapa jam lagi dah nak kena masuk ofis semua...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
wah...bagus info ni...
uik, lama giler ko x hapdet!
bz la beb..lately ni tunggang langgang sikit :)
thanks...info bguna ni
thanks for the tips..baru2 ni ustaz kat tempat saya bagi ceramah,dia kasi petua..letakkan tangan pada dada anak/usap kepala anak sampai ke ubun2 sambil beselawat penyembuh hati..
sis..a good one..dee nak buat kat anak2 lah..dia mmg notty..tp tulah..org ckp bijak..cuma kita ni kdg2 x sanggup nak biarkan kenakalan dia tu mcm tu je..insyaallah..minggu ni dee cuba..
hehe bolehla try tips yang ustaz tu bagi.thanks for sharing.
best info ni lia..thanks a lot!!! rasanya generally budak2 mmg lasak mcm anak2 kita la..lasak masa kecik takpe..nanti dah besar cerdik..aminnn
good info dear.. tq kongsi tips.. u r so sweet liya.. semua anak ada karekter masing2.. mcm kita dulu.. they're gonna b fine.. Insya Allah
info yg sangat berguna.....ada benarnyaa sumenieh...
thanks sis...
nice too meet u...
ermmm lagu yg sis ckp tuh yaa memang touching.....menusuk kaLbu
info yg sangat berguna.....ada benarnyaa sumenieh...
thanks sis...
nice too meet u...
ermmm lagu yg sis ckp tuh yaa memang touching.....menusuk kaLbu
Terima kasih sbb sudi sharing..anak no 2 saya bermasalah dan dia hiperaktif sgt2 tp dia ni perempuan..kadang mmg menguji kesabaran bila dia mula buat hal dan memberontak. Insya Allah saya akan cuba mana tau bole mengurangkan sedikit kenakalan dia yg kadang2 memeningkan kami parents, guru2 sek dan kwn2 dia..thanks again..
All: sharing is caring kan ;)
Anna: betul tu, anak kedua saya pun pmpuan and dia sangat la garang..risau pulak. Tapi ustaz tu kata elok kalau anak perempuan ni garang..hehehe (tak tau ustaz tu serius or bergurau) :)
thank sbb sudi berkongsi tips...
betul lah belog ko, aku baca kat belog sapa ntah petua ni kata orang circulate dr email. hannan ngan nuha tu terus aku teringat kat belog ko :)
tq for sharing ..anak aku degil yang amat sampai menangis aku dibuatnya..
Salam kenal,
tq for sharing this...
i pun ada buat entry pasal ni kt my blog... dpt dr email... copy sebijik ayat u... masa post entry tu x tau siapa penulisnya... then eliss yg bgtau...Harap u x kisah...
Post a Comment