Penceramah jemputan, Hj Hushim b Hj Salleh. pakar kaunselling dan motivasi tu. Tajuk memang pasal perniagaan tapi motivator ni banyak kaitkan dengan hal2 rumahtangga and masalah sosial sekarang. Kira ada kaitan jugak la..
Hj Hushim ni ada 'klinik' sendiri. Hanya dia yang ada 'klinik' ni di Malaysia. Tak silap saya kos kaunselling adalah RM100 sejam. Ni alamat dia..

Saya share sikit apa yang saya sempat catit semalam..bg point2 ok la kan ;)
Saya campur sekali pasal perniagaan and rumahtangga..senang. hehehe
* Dalam Surah Al-Balad, ayat 4. Manusia akan diberi 2 kesengsaraan iaitu jasmani dan jiwa/rohani.
* Lelaki adalah jenis introvert iaitu jenis yang suka pendam perasaan (maklum laa..lelaki kan ego..hiks)Katanya sebab tu ramai ibu tunggal..lelaki mati dulu sebab stress.. Hahaha
* Perempuan pulak jenis extrovert..suka meluahkan. Sebab tu perempuan suka membebel..bebel..dan bebel..(membebel adalah terapi yer kawan-kawan);)
* Hutang kena bayar..kalau tak bayar hutang nanti hidup tak berkat.(uhukkk..)
* Sifat orang Melayu..suka berkira dan suka benda free. (Dia kata bukan saya kata)
* Orang yang buat bisnes makan (yang halalan toiyiban) dan pakaian (untuk menutup aurat) dapat pahala yang besar (Fardhu Kifayah)
* Motivator share kisah benar. Seorang peniaga makan yang g Mekah tak nampak Ka'abah. Dia hanya nampak ular besar di mana-mana. Bila dtanya banyak kali akhirnya dia bgtau yang dia gunakan ular sebagai pelaris. Ular tu disimpan di dalam baldi. Air minuman Dan masakan semua guna air (rendaman) ular tu.. Kedai dia memang larisss.. Yuck!!!!!
* Kita kena perbaiki hubungan bukan sahaja dengan Allah bahkan sesama manusia.
* Jangan kedekut keluar zakat, derma & sedekah. Kalau orang tu menipu, biarkan..itu antara dia dengan Allah. Yang penting kita kena ikhlaskan hati (Contoh kes, orang mintak derma untuk sekolah tahfiz or rumah anak yatim)
* Orang Melayu suka berpecah belah dan tak bersatu hati. Suka iri hati terutama dalam bidang perniagaan..tak macam bangsa lain.
* PELUK ANAK ANDA SELALU. Komunikasi kurang dalam keluarga boleh menyebabkan anak2 bermasalah.
* Umur anak 0 hingga 12 tahun masih senang dikawan. Anak2 akan mula bermasalah bila umur 13 tahun hingga 22 tahun.
* Dalam hidup kita kena belajar REDHA dan kuatkan iman.
* Ilmu parenting tidak diajar di universiti. Sebab tu ramai ibu bapa gagal jadi ibu bapa yang cemerlang even berpendidikan tinggi.
* Keberkatan tidak dapat dilihat dengan mata kasar tapi dapat dilihat pada perubahan hidup. Dari susah kepada senang.
* Ibu bapa yang dah meninggal nampak anak-anaknya yang masih hidup. (Yang ni wa'allahualam. Saya just share apa yang motivator tu kata)
* Bila rezeki datang dari hasil/punca yang tak betul dan masuk ke dalam badan akan membentuk emosi, hati, kepercayaan dan tingkah laku yang rosak (Na'uzubillah)
* Kita sendiri boleh rasa sama ada hati dan jiwa kita tenang atau tidak.
* Kejujuran adalah sangat penting..banyak masalah timbul akibat tiada kejujuran.
* Allah melaknat orang yang memberi, menerima dan membuka jalan untuk RASUAH.
* Di Selangor sahaja ada 280 ribu anak luar nikah. (Ramai gila)
* Ada 1.4 juta penagih dadah di Malaysia.
* Ada 40 ribu ibu tunggal di Malaysia.
And last part..motivator share 5 UBAT HATI:
1. Baca Quran dan maknanya
2. Solat Malam
3. Berkumpulan (berkawan) dengan orang solleh.
4. Banyakkan berpuasa
5. Zikir malam
Semoga ada manafaat untuk kita bersama.





9 comments:
menarik seminar ni. ada benda yg dia ckp tu betul sbb kena dgn diri akak....thanks for sharing lia
opss bukan yg bab bela ualr sbg pelaris tu ye dikkk (amboihhh apa la yg akak niagakan kalau btl ye lia?) heheheee
good sharing sis..mcm2 ilmu dptkan..
K.sally n sis dee: mara ni byk buat kursus/seminar utk motivate staff. Next week sy kursus Stress Management lak kt penang. Tp seminar yg sy join semalam ni kitorg buat utk penyewa-penyewa premis mara
tq beb sangat berinformatif.
suka kalau speaker best.. confirm aku tak tido.. nampak sangat aku tido kalau part2 kena pegi seminar hahaha
thank's for sharing this sis...:)
good info utk motivate diri ni...hukhukhuk...
terima kasih sgt2 sbb share dgn kami! byk info dpt ni walau tak pi ceramah ni..:)
Hj hushim ni anak dia kawan aku kat sekolah sampai skang..die kalau bg ceramah mmg bes hehe
thanks sudi kongsi ceramah Hj.hushim ni...sgt menarik.
Post a Comment