Dec 28, 2011

Mahalnyaaa...

Apa yang mahal tu?? hehe..

Caj panggilan telefon lorr.. Hubby sekarang kat Jakarta (Insyaallah besok khamis malam jemaat dia balik ;p) Tiap hari dia call..siang sekali, malam adakalanya sekali dan pernah gak call 2 kali. Dah beberapa hari ni tak pernah pun tau berapa dia kena bayar untuk cakap ngan saya di sini. Hubby beli simpack situ, katanya murah sikit kalau nak banding roaming.

So petang semalam dia call kejap..kejap jer sebab dia kata malam nanti nak call semula. Lepas cakap tu tetiba masuk msg dari dia, kata cakap 4 minit habis dalam 40ribu rupiah. Kalau convert duit malaysia dalam RM18..Perghhhh..mahal gila!!! Tapi dia kata gasak la janji dapat dengar suara isteri & anak2 dia.

Saya tanya bibik kalau dia call indon mahal tak..dia jawab tak mahal, RM10 tu boleh cakap lama tapi kena tunggu kul 12 malam ke atas. Huhuhu..

Kul 12 lebih hubby call lagi, masa tu nuha masih berjaga. Dia sibuk nak cakap dengan papa dia.. Mak sebak bila dia cakap kat papa dia dalam tepon "papaaa...nuha rindu papa. Nuha rindu kat papa.." sambil mulut dia cebik2 nak nangis. Sayu ok..mak yang nak nangis. Tu pun papa call kejap jer sebab auni lak bangun..tapi seb baik dia tidur semula.

Pastu saya cakap kat hubby kita sms jer sampai tertidur *Macam masa bercinta dulu..ihiks* Hubby kata dia rasa nak menangis bila dengar anak dia kata rindu kat dia. Papa hairan macamana dia tahu apa itu rindu. *Hellooo papa..ur dotter is big enaf ok..* Dah besar, dah faham banyak benda. And semalam saya tahu dia memang rindu sangat kat papa dia sebab kejap2 tanya mana papa.
Ok cukup bab papa n anak dara dia.

Agak2 kalau nombor kita ni call Indonesia mahal tak? Ada tak cara macamana nak bagi caj tu tak mahal? :)

6 comments:

whitecappuccino said...

Memang mahal tu..tapi dulu masa akak kat medan call msia takder la semahal tu..tapi tak ingat la bape..hmm budak2 memang la cam tu..kadang kita ingat mereka tak tahu tapi sebenarnya mereka tahu..

kurus said...

uishhh telan air liuq dgr .. tapi demi anak2 tuu suami sanggup kan dik .. tulah nilai kasih sayang x terbayar dgn wang ringgit :)

Dee said...

ramai orang bila travel ke indon akan beli simpack indon..sbb kalau kita yg call mahal sis..takpelah..sabar eh..dh nak balik pun kan..

Nurhayati said...

alalalaaaaa comelnya nuha. kalau papanya jenis slalu ada umah harus la rindu rinduan bila berjauhan.

jgn jd cm aku weh, xde rasa rindu sbb dah biasa berjauhan hahahaha

Farah Shamsudin said...

takpee.. en hubby dah nak balik kan sis..

wahida said...

sedih lak aku baca...huhu...