Dec 19, 2011

Memilih tadika anak..

Dah nak sampai ke penghujung tahun..semua ibubapa dah sibuk dengan urusan pendaftaran sekolah anak. Tak pun dah ada yang sudah mula mencari-cari or mengintai2 sekolah untuk sang anak.

Ni ada sedikit tips yang boleh dikongsikan bersama. Saya cedok dari blog yang saya jumpa masa gugel. *Minta izin yer tuan punya blog..semoga Allah permudahkan urusan anda*

1. Pastikan tempat yang anda pilih adalah taska/tadika yang Islamik. Ini amatlah penting dan ringankan mulut untuk bertanya apa yang diajarkan di sekolah tersebut.
(Alhamdulillah..sekolah hannan sekarang memang bagi pendedahan pasal ilmu2 agama walaupun bukan mendalam sangat tapi saya rasa sesuai dengan umur dia sekarang)

2. Anda kena pastikan taska/tadika ada lesen dan pernah mengikuti kursus anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat
(Benda ni penting untuk memastikan kebajikan dan keselamatan anak2 kita)

3. Perhatikan tahap keselamatan di tempat tersebut. Pagar mestilah sentiasa berkunci, ada tangga kecemasan untuk rumah dua tingkat. Perlu diingatkan, hanya rumah banglo dan corner lot sahaja yang dibenarkan untuk menubuhkan taska/tadika. Intermediate house adalah di larang.

4. Perhatikan juga siapa yang bakal mengasuh/mengajar anak anda. Pastikan pakaian dan akhlaqnya. Itu amatlah penting!

5. Anda bayar, tentu anda ada hak untuk tahu apa yang diajarkan kepada anak anda. (Alhamdulillah..saya tahu apa yang hannan belajar kat sekolah)

6. Anda perlu ada ‘bonding’ dengan pengasuh/guru anak anda. Nombor telefon mesti ada dan selalulah tanya tentang anak anda dan tanya perkembangannya.
(yup..sekali sekala saya akan whatsapp or sms ticer dia untuk tahu perkembangan hannan. Jangan sms selalu, kang ticer/pengasuh dia ingat kita tak percayakan dia pulak)

7. Tanya juga tentang makanan yang disediakan oleh taska/tadika. Ia mestilah yang berkhasiat!
(Ini wallahualam, kalau ikutkan jadual pemakanan yang diorang bagi masa register tu memang sesuai tapi di luar pengetahuan kita tak tahu la kan..Harapnya betul la ikut jadual tu)

8. Sebelum anda buat keputusan untuk menghantar anak anda, tanya-tanyala kepada parents lain yang menghantar anak ke situ. Tanyalah tentang pengasuh, kebersihan dan keselamatan di tempat tersebut.
(Ada macam2 versi cerita yang saya dengar tapi kadangkala kita perlu tutup sebelah mata untuk perkara remeh. Kalau terlalu cerewet pun susah juga. Dua-dua pihak kena faham)

Apapun, saya yakin semua parents mehukan YANG TERBAIk untuk anak-anaknya kan..

3 comments:

dalila said...

semua mahukan yg terbaik utk anak... masing2 punya pandangan dan kemampuan utk anak mereka...

Izwa Kamaruddin said...

yup..nak yg terbaik utk anak-anak..

whitecappuccino said...

memang kita mahukan yg terbaik untuk anak2 kan? anak akak yg bongsu dah Tg 3 tahun depan..zaman tadika dah habis..