Betul kan, setiap apa yang terjadi tu telah dirancang dengan sebaiknya oleh Yang Maha Esa.
Minggu lepas, saya dapat surat jemputan mesyuarat dari KK*W untuk hadir mesyuarat 19.01.2012 (Khamis, hari ni la) Then ari selasa baru ni dapat call dari pihak diorang kata mesyuarat tu ditangguh ke petang kul 2.30.
Maha Besarnya DIA..saya bersyukur sebab mesyuarat tu ditunda. Pagi ini, Auni tak sihat dan terpaksa dibawa ke klinik. Lepas hantar sms kepada bos kecik and big bos saya terus bersiap. Seawal 8 pagi saya dan suami dah keluar bawa Auni ke klinik untuk ambik Nabulizer. Sian kat dia, semalaman tak boleh tidur disebabkan lelah.
Lepas amik Nab doktor periksa semula dan kata salah seorang kena amik cuti jaga baby sebab setiap 4 jam dia kena amik 'gas'.. Syukur hubby dengan rela hati sanggup tak datang ofis untuk jaga anak dia. Sebelum ke klinik lagi saya dah kata saya serba salah nak cuti sebab ada miting petang ni, lagi pun miting tu saya kena hadir dengan pengarah sekali.
So..lepas dari klinik balik rumah kejap hantar auni dan breakfast. Sementara tu bibik siapkan abang and kakak untuk ke sekolah. Sian diorang pun terpaksa masuk lewat pagi ni.. Lepas drop diorang kat sekolah (syukurrr sangat sekolah diorang hanya di belakang rumah) saya terus drive masuk ofis.
Sampai ofis terus mengadap big bos..bos tanya sama ada saya boleh joint miting tu atau tak. Kalau tak boleh dia kata dia kena study satu persatu benda yang nak kena present nanti. Saya kesian lak kat dia sebab this is his first time masuk miting tu..sebelum ni saya pegi sorang jer.So, saya kata saya ok.
Legaaa..kalau miting tu tak ditangguh dah tentu kepala saya berserabut dan dalam dilemma..
Kadang-kadang sesuatu perkara yang berlaku tu simple or kecik jer kan. Tapi disebaliknya ada rahmat yang kita selalu terlepas pandang.
4 comments:
betul tu sis...
setiap kejadian ada hikmahNya....
samada kita perasan atau tak jer kan...
hopefully auni dah ok by now...
ala kesiannya auni..wafiy dulu camtu la...nanti dah besar skit hopefully kurang la asthma tu..get well soon auni
auni mmg ada lelah ke nok? harap dia cepat baik yer...
Kalau x, terpaksa bawa auni masuk bilik mesyuarat la. wooot!
Post a Comment