Jan 13, 2012

Lin Dan Kalah: Kejutan atau Sandiwara

Eceh..tetiba keluar cerita bab sukan pulak..
Hehehe..kan dah kata, diamku tak sampai tahap katak di bawah tempurung..

Kalau tengok badminton, rata2 kita geram dengan Lin Dan kan. Sebab dia suka berlagak bila menang. Baru2 ni dia dikalahkan oleh D.Chong Wei. Saya pun pelik jugak, biasanya CW ni kalah jer ngan Lin Dan..ni mesti ada something CW boleh menang (Tak baik kan underestimate pemain negara sendiri..hihihi) *mati la pasni kena kutuk sebab pandang rendah dengan CW*

Ok la..baca jer la artikel yang saya copy ni...



KEJUTAN atau sandiwara China? Itulah persoalan yang timbul apabila juara dunia empat kali Lin Dan terkandas di pusingan kedua apabila tumbang mengejut kepada Jan O Jorgensen dari Denmark 14-21, 21-15, 21-15, semalam.

Namun, jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei meniti laluan berbeza apabila menewaskan pemain Jepun, Kazushi Yamada 21-8, 21-18 sekali gus mencerahkan harapan memenangi kejuaraan kelapan selepas ketiadaan musuh ketatnya itu.

Jika Chen Jin menentang Lin Dan sekalipun, Lin Dan akan memberi kemenangan kepadanya bagi membolehkan ranking rakan itu naik. Taktik ini bukan asing kerana mereka sering melakukannya. - Peter Gade, Pemain veteran Denmark “Saya tidak mahu terlalu yakin kerana tanpa Lin Dan, saya tetap perlu berdepan beberapa nama besar seperti Taufik Hidayat di suku akhir esok (hari ini) dan kemungkinan besar Chen Long di separuh akhir,” katanya.

Begitupun, kekalahan Lin Dan mungkin dirancang China lebih awal bagi mengelakkan dia dikatakan ‘menjual perlawanan’ ketika menentang rakan senegara Chen Jin di suku akhir, hari ini

Ini kerana ramai menjangkakan Lin Dan akan memberi kemenangan kepada Chen Jin bagi membolehkan rakan senegaranya itu naik satu tangga dalam ranking dunia ke kedudukan keempat bagi membolehkan China memiliki tiga wakil di Sukan Olimpik nanti.Peter Gade turut tidak menolak kekalahan Lin Dan adalah komplot sengaja dirancang awal China. “Jika Chen Jin menentang Lin Dan sekalipun, Lin Dan akan memberi kemenangan kepadanya bagi membolehkan ranking rakan itu naik.

Taktik ini bukan asing. Mereka sering melakukannya,” katanya.Jorgensen yang menundukkan Lin Dan pertama kali daripada enam pertemuan akur Lin Dan bukan beraksi 100 peratus.

- Sumber: Berita Harian

7 comments:

Izwa Kamaruddin said...

yup..ramai ckp dia saje kalah utk naik kan rangking kwn dia..ntah ape ape la..

Eliss said...

diorang semangat brpasukan kuat :p

cahayaygmemelihara said...

China mmg guna taktik ni dah lamaa...semua sudah tahu...ni taktik kotor n keji tapi China tak tau malu...apa boleh buat!

cahayaygmemelihara said...

lagi satu lia..kalau dia tetiba tarik diri dr game...haaa tu sbb nak tolong geng dia ranking la..Datuk dgn Chen Long pun tak boleh menang dah...bkn ngutuk tapi kenyataan..kita tokleh harapkan dia sorg je dah..org dah boleh bc taktik dia..so tgk je la 2012 ni kalau2 dia tarik diri tetiba...

*cehhh smpi 2 komen*

whitecappuccino said...

strategi masing2 :)

kurus said...

hurmmm bila macam nie terus x respect lin dan huhuhuh

Nurhayati said...

tak kisah la, janji D Lee Chong Wei menang.. hahaha