Jan 6, 2012

Sedih dan sebak di hari Jumaat..



Hari ni rehat panjang..dah janji nak jumpa seorang kawan. Kawan sekelas masa belajar kat UiTM dulu. Sementara tunggu dia sampai ingat nak update sikit.

Selalunya hari2 biasa di ofis saya akan pasang alunan zikir di pc dan Jumaat pula bacaan Ayat-ayat Al-Quraan oleh ustz Sheikh Masyari Rashid Al-Afaasi. Suara Qari ni sedap dan merdu sangat..dalam banyak2 qari saya suka Sheikh ni. Kalau nak try dengar cuba cari dekat Youtube..rasanya ada.

Bila dengar alunan ayat2 suci tu tiba2 hati ini rasa sedih dah sebak :( Terasa kerdil dan kecilnya diri yang banyak berdosa ini. Ada beberapa surah dalam CD ni yang dulu pernah dihafaz ketika di sekolah menengah. Surah Yaasin, Surah As-Sajadah, Surah Al-Jum'ah dan beberapa surah lagi.

Itu la yang menyedihkan saya..ternyata dah lama sangat surah2 ni ditinggalkan..Alhamdulillah, so far Surah Yassin masih mampu dihafaz. Surah2 macam As-Sajadah & Al-Jum'ah tu boleh ikut baca sikit2 bila dengar di pc or di mana2 klu terdengar. Tapi kalau tak dengar memang tak ingat. Sedih dan rugi sangat rasanya..

Semoga Allah permudahkan segala urusan dan impian saya. Serius, air mata nak menitik semasa entry ini ditulis. Saya rindu diri saya yang dulu..saya agak nakal semasa sekolah menengah dulu. Tapi dalam nakal2 itu saya mampu menghafaz beberapa surah yang panjang. Sekarang??? Sepatutnya semakin meningkatnya usia semakin banyak ayat2 suci yang lekat di kepala ni tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Dan semoga Allah sentiasa memberi ruang dan lapangkan hati saya untuk mula mengamalkan semula apa yang pernah saya amalkan suatu ketika dulu. Insyaallah..
Allah itu sentiasa ingat dan dekat dengan kita..kita yang hamba ni sahaja yang selalu lupa diri.

Mungkin ada yang beranggapan entry kali ni seperti menunjuk-nunjuk..macam bagus sangat. tapi percayalah, apa yang terluah ini adalah lahir dari apa yang ada di hati kecil saya sekarang.


P/s: Akhirnya...air mata ini menitis jua... :'(

6 comments:

kasihredha said...

Amin YRA
tersentuh membaca N3 ini

whitecappuccino said...

alhamdulillah..sekurang2nya kita masih lagi ingat untuk memperbaiki lagi diri kita semoga lebih dekat dengan Pencipta kita..

Izwa Kamaruddin said...

oh akak....... :(

salina said...

insaff...Ya allah berikan kami kesempatan dan usia untuk berbakti kepadaMU

rasp said...

amin...
mari lah kita sama2 perbaiki diri ye sis.....

SemuaTentangKita said...

All: semoga DIA beri kita peluang utk perbaiki diri kita kan...sobs