Pergi berdua jer ngan hubby, naik motor. Budak dua orang tu nangis nak ikut, memang nak jer bawak tapi bila memikirkan orang yang ramai tak jadi nak bawak. Nuha ok lagi, hannan jer yang melalak depan pagar.
Sepanjang perjalanan nampak ramai budak2 muda bermotor yang berbaju melayu..dah boleh agak destinasi diorang ke mana. Seronok sebab masih ramai umat Islam ni yang dahagakan ilmu agama especially yang muda2 ni. Sampai jer perkarangan masjid memang seperti yang diduga..seramai-ramai umat yang datang malam tadi dan syukur pegi ngan motor so takde masalah untuk cari parking.
Ceramah dua jam..banyak yang ustaz cakap. Tapi yang paling saya ingat dia kata..kita ni memang banyak dosa, mohon la keampunan kerana pintu keampunan Allah itu lebih luas dari langit dan bumi. (Kalau nak dengar lebih boleh tengok kat youtube or boleh jer search kat google. Saya confirm ramai yang upload pasal ceramah semalam.)
Insyaallah akan ada lagi ceramah dengan UAI lepas ni. Dan kalau panjang umur dan berpeluang saya nak datang lagi. Seronok tengok umat Islam berkumpul ramai2 (Ramai sangat) untuk majlis ilmu macam ni.
Ada gambar sikit..

Baru sampai..masa ni dalam kul 7 suku..orang memang dah ramai.

Mulanya saya saf paling belakang (dalam masjid..ada gak yg hanya bersolat di luar masjid) bila semua dah bangun saya menyelit-nyelit sampai ke tengah ruang..alhamdulillah. Feeling lain bila dapat berjemaah ramai2 macam ni. *sebak*

Tengok tu, ustaz pun amik gambar jemaah sebelum bagi ceramah :)
>

Sebelum balik snap gambar ni..sebenarnya keadaan or gambar di luar saaangat cantik..
Published with Blogger-droid v2.0.2
4 comments:
sobsobsob..jeles akak dpt pegi tgk live tu.. :(
bestlah kak dpt pegi dgr ceramah2 ni..sy pun harap dpt pegi kt tmpt2 mcm tu nnt bila masa mengizinkan (fhm2 je lah bila ank2 xde sapa jg & hasben keja jauh ni..huhu)
wah2 best niee dpt dgr ustaz azhar nie berceramah .. akak kalau ada peluang memang nak dgr sgt2 .. ;)
bestnya dpt gi mendengar ceramah live gini...
i lum dpt lagi sis...
setakat kat ofis leh ler...
kalo kat rumah, hubby & anak2 yg dah besar leh pegi...
sapphire nie mana leh bawa lagi...
nanti dia bising, ganggu jemaah lain kan...
Post a Comment