Semalam, hannan mengadu sakit gigi. Dia ajak gi klinik, cabut gigi dia yang sakit tu. Sian sangat tengok muka dia berkerut-kerut menahan sakit dengan mulut yang tercebik2.
So, pagi tadi saya bawak dia gi ofis..lepas baca yasin saya bawak gi klinik pergigian yang ada kat PK*S. Since dia sakit tu saya tanya betul ker berani nak cabut dia jawab berani. So lega la sikit kan. Tapi bila masuk jer klinik tu dia kata "Mama..hannan tak nak cabut gigi". Hah sudah..terpaksa la saya pujuk & puji dia sikit2 so alhamdulillah dia ok.
Bila sampai jer turn dia masuk bilik doktor muka dia terus berubah bila tengok kerusi dan peralatan kat dalam tu :) Then saya pujuk lagi, kata dia brave n strong.
Doktor tak bagi cabut sebab gigi geraham tumbuh lambat. Kalau cabut sekarang nanti dia susah nak makan sebab gigi geraham kekal akan tumbuh bila dia berumur 12 tahun..huhuhu
So doktor kata dia hanya akan bersihkan dan tampal yang dah berlubang. Ok la kan.. Bila dah setel tu tunggu turn nak bayar lak. Bila dah depan kaunter 'chashier' tu kata "Semua RM140 untuk 3 batang gigi".. Perghhhh..tampal sikit gila tapi charge mahal melampau. Kalau bawa gi kinik gigi gomen entah2 kena bayar RM2 jer.. Huhuhu..
Tapi dalam 'terperanjat' tu hulur gak la duit. Dia bagi ubat tahan sakit in case tetiba sakit lagi. Hurmm..takpe la, anak punya pasal.. :')
Sebelum kejadian...muka happy jer kan.. (Pastu nervous..hihihi)
Ekelehhh..mama dia puunnnn, tak agak2 ;P (Maafkan la mak dia tu)
Assistant doktor tu kata tak boleh amik gambar. Tapi biasa la kan, mama dia yang degil ni nak jugak curi2 amik gambar. Hey, tu hannan punya first date ngan dentist la..harus kurakam buat kenangan :)
Muka doktor terpaksa di'kaver'..P&C ;D
Kuar dari klinik tu dia paw mak dia beli keta kontrol ni. Seb baik murah jer..huhuhu. So saya kata kat dia sebab hannan berani & kuat mama belikan. :')
Pastu terus masuk ofis, tunggu lunch hour terus kuar hantar mamat tu balik. Err..sebelum tu singgah Gia*t 13 jap, cari tudung and bayar bil. (Tapi tak jumpa yang berkenan) So balikkk..
Lepas solat saya bersiap2 nak gi ofis semula sebab kul 3 ada Sambutan Maulidurrasul ofis lak. Yang mamat tu asyik merayu "please..nak ikut. Pleasee..nak ikut. Nak ikut pleasee.." Mana la saya nak bawak dia, dia kan jenis 'aktif-sihat-cargas' punya budak :') Risau mengganggu kawan2 lain.. (Maafkan mama, anak)
Majlis turut meraikan anak yatim. (Walaupun big bos saya berbinkan Mohd Yatim tapi dia bukan anak yatim, tak dikira)
Ok lah..nak turun bawah intai en somi. Jumpa nanti.. tataaaa..
8 comments:
mak yg cun!
uhuk..tersedak sy kak ;) Tq..tq..
tampal gigi mmg mahal kan...sini sebatang rm60-80..phew... mak dia hot gitu :)
sama la mcm wafiy dulu..first time pegi jumpa dentist haruslah snap gambar kenangan kan..nanti kalau free framekan la..biar dia rasa berani sikit dalam kehidupan pada masa akan dtg echewahhhhh..pstttt..kamu makin cun melecun la adikkuuu..apa rahasianya? hehehe
Haah la hassss..tp x sangka semahal itu..huhu
Tu la kan kak..dia pn bangga dgn diri sendiri. Papa dia blk jer terus tunjuk gigi...hihi
btw..klu nk tahu rahsia tu kena bisik2 belakang tabir..hehehe
lia, kau lupa mention pasal aku......kau terpaksa tolak pelawaan lunch utk bawak hannan g dentist hehehhee mau jugak enterprame dlm blog mu kan? ehek ehek ehek
Eh..hahaha..ya ba kan dol..
Nanti kita lunch sama2 k. Set awal2 supaya boleh aku tolak pelawaan yang lain..hehe
Post a Comment