Feb 16, 2012

Pepahat...


Gambar cilok dari Google..terima kasih kepada tuan punya blog yang upload gambar tu.

Jap tadi sembang2 ngan kawan2 ofis pasal sorang lagi member yang sekarang ada kat sepang. Bukan mengumpat ok..saya yang tanya dulu bos dia mana so dia jawab la ada kursus kat Sepang. Biasa la kan, bila dah sembang tu memang meleret-leret..*lagha*

Tetiba kuar cita pasal pepahat..Ari tu tengok kat JJCM nampak macam sedap sangat. Teringin la pulak kan..(haishhh..tak peknen tapi manjang teringin)
Korang pernah makan tak? Sedap ke?

So saya pun saja gatal mulut ajak diorang gi Jeram. Tapi biasa la, saya cakap jer nak pegi tapi tak cakap pun lagi kat hubby..haha *Berangan namanya nih* Budak tu ajak gi hujung minggu depan sebab minggu depan gaji dah masuk kan.. :)

Kalau pegi hujung minggu memang 'sesuaaaiii' la sangat sebab saya nak kena angkut tentera batalion yang ada kat rumah tu. Kang ada yang makan pepahat tu dengan kulit-kulit sekali. Nak gi hari jumaat rasa2 tak sempat jugak walaupun rehat panjang. Hari2 biasa lagi la, jangan harappp. Soooo...impian jadi angan2..Hahaha..

Hurmm..tak kuar rehat ni jom la kita berangan.. ;D

6 comments:

kasihredha said...

akak pernah makan sekali :)

Anonymous said...

sedap sangat..utk penggemar seafood la. akak biasa mkn benda ni. masak kari sedap..masak sweet sour pun sedap. tapi masa nak masak tu kena basuh betul-betul. eh nak mkn kat kedai takyah risaulah bab basuh kan..

rasp said...

pernah makan nie 2 kali...
both makan kat kedai seafood...
minta dorang masak sweet sour sekali and masak pedas skali...
sedap aaaa...
tapi rasanya kalo nak soh i masak kat rumah...
tak reti kot hehehehehe

Eliss said...

serius, aku pun dh lama teringin weh..jom jeram jom :p

SemuaTentangKita said...

k.kasih, sis rasp, k.sally: Haish..lagi bertambah teringin nih..jakun..

eliss: Jom..jom..jom.. :)

Anonymous said...

lia, ada gambar kat FB akak. akak masak kari masa tu. kat album masak memasak (hahahahahaa....bukan nak promot akk pandai masak tau. just nak kasi lia tgk rupanya kalau dh dimasak jer)