Feb 13, 2012

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Kebangsaan..

Haha..Kebangsaan sangat..Sangat Kebangsaan.

Peringkat Taman S.I jer sebenarnya..hihihi

Sabtu lepas, persatuan penduduk taman perumahan buat sambutan Maulidurrasul. Alhamdulillah..walaupun tak semua join perarakan tapi still meriah. Yang tua, yang muda..yang kecik pun ada sekali. Seronok jer tengok.

Pagi tu papa selaku Timbalan Yang Di Pertua ditugaskan untk pegi ke pasar bersama Yang Di Pertua :) Beli lauk pauk basah untuk majlis waktu malam. Kaum wanita berkumpul kat 1 umah ni buat kerja2 cam tanak nasi, prepare bahan untuk acar dan macam2 lagi. Menu malam tu adalah nasi bukhara tau..sedaps ;)

So pas Asar tu semua berkumpul kat taman permainan. Eh..eh, bukan nak main gelonsor atau buaian tapi sedia untuk berarak. Saya terlepas, tak sempat join dari 'garisan mula' sebab sibuk menyiapkan Nuha & Hannan yang sibuk nak join. Bila dah siap so cepat2 kuar dan tunggu tepi simpang..hihi. Seb baik sempat..

Petang tu hujan rahmat turun, so sambil berarak kami berselawat dalam hujan. Tak jauh mana pun kiorang berarak..sebab taman perumahan tu kecik jer. So 'Garisan penamat' adalah di surau El-Ameen (Surau yang baru dibuka) Sampai surau selawat lagi pastu bersurai..(Saya yang very the cengeng ni selalu nak nangis tau kalau berselawat ramai2..tak tau napa, so sambil berselawat tu mulut tercebik-cebik menahan tangis..ntah apa2..huhuhu)

Dah habis tu semua bersurai..

Malamnya pulak saya tak sempat join solat maghrib berjemaah, hanya solat di rumah dan lepas tu baru la angkut Hannan & Nuha ke surau. Sampai situ (tak jauh mana pun surau..ada dalam 30 tapak jer kot) ceramah baru mula.. Tak tau apa nama ustaz tu tapi seronok dengar dia bagi ceramah. Yang saya tahu dia (ustaz) tak habis ngaji lagi. Lagi 2 minggu dia akn balik ke Jordan untuk sambung semula pengajian. (Seronok kan..impianku suatu ketika dulu)

Tajuk ceramah tak sure tapi berkaitan dengan Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.. Dan yang saya paling ingat adalah bila seorang bayi tu lahir, orang yang paling berhak menamakan bayi tersebut adalah si AYAH. Dan sunat untuk buat 'taknik' atau orang kita panggil 'belah mulut'. Pada sesiapa yang tak tahu belah mulut tu macamana, bawa bayi kita kepada orang alim/warak, beri orang tu sebiji kurma yang dibuang kulit & biji. Orang alim mesti tau ni, dia akan kunyah kurmah tu sampai lumat & ambil sedikit dan masukkan ke dalam mulut anak kita. Dengan harapan semoga anak kita akan mewarisi tak banyak sedikit sifat orang alim tu. Benda ni bukan karut tau.

Lepas habis jer caramah, solat Isyak dan makan malam..majlis 'dihiburkan' dengan persembahan qasidah dari sekolah tahfiz (jangan tanya tahfiz mana sebab saya tak tau).. Best tau, hinggakan budak2 yang berlarian bermain kat luar tu semua masuk dan duduk depan sekali. Yang paling seronok anak2 baya Hannan & Nuha.. Orang2 tahfiz tu pun sengih2 tengok aksi anak2 tu. Memang meriah..

Majlis diakhiri dengan sesi bersalam-salaman. Muslimin dengan muslimin dan muslimah dengan muslimah.

Gambar ada banyak tapi tak boelh transfer dari tepon ke pc..yang ada ni pun saya cilok dari FB YDP..hihihi

Berarak..mendung kelabuuu.. ish..Selawa..selawat..

Makan dalam dulang.. :) Berkat kan..(suka tengok nuha duduk bersila makan macam tu..comel jer)

Tengok tu..anak dara malu orang amik gambar dia..siap gigit jari gitu ;D

Khalifah2 kecil..

Hurm..ok la, nak rehat kejap. Hari ni tak kuar gi mana sebab dah kenyang makan lontong kul 10 tadi..

Salam..

4 comments:

Izwa Kamaruddin said...

seronok nyer... :)

Anonymous said...

comel anak dara tu ye hikhik....

cahayaygmemelihara said...

bagus aktiviti gini...kita kenal jiran..dan mengukuhkan silaturrahim sesama ummah...

Nurhayati said...

best!! meriah bangat.
lontong??!!! nakkkkkkkkkkkkk