Sepatutnya dalam trip hari kedua ni agent akan bawak gi 3 pulau, termasuk Tasik Dayang Bunting. Cuma sempat pegi 1 pulau sebab masa tak mengizinkan..Hari Jumaat, hubby & PIL kan nak kena gi solat Jumaat. So diorang kata kalau tak pegi nanti rugi sebab duit tak boleh refund. Tak pe la kan, kang fikirkan duit sampai terbabas solat Jumaat apa kes..
Saya pun lega bila hubby kata nak balik sebab kesiankan anak2 yang dah lapar. Hannan dah request nak makan..Auni lak ngantuk. Lagipun rasa cam tak sesuai jer nak angkut diorang gi Tasik Dayang Bunting tu sebab nak kena naik turun bukit untuk sampai ke tasik tu. Kalau dulu pergi berdua ngan hubby ok la, sekarang ni ngan anak 3 orang memang mak tak larat :) Kesian jugak kat Baba & Ummi..orang tua, tau jer la kan.
Ni gambar waktu pagi (pulau)..

















So balik umah sewa and tunggu papa, PIL & BIL balik dari solat Jumaat. Diorang bungkus makanan siap2 dan lepas makan kitorang keluar lagi.. Mulanya nak gi cable car tapi kononnya tak sesuai naik waktu petang..so kitorang terus tukar route. Gi Underwater Word.
Tengok jer la gambar2 ni k..hihi (Pegi sendiri..tak termasuk dalam pakej ngan agent)











Balik dari underwater tu hubby bawa gi beli minyak gamat..segalanya berasaskan gamat. Krim gamat, ubat batuk gamat..semua termasuk tongkat ali gamat..hihihi.
Lepas borong gamat singgah masjid solat asar pastu sambung shopping coklat pulak. Mana lagi kalau bukan di Haji Ismail Group kan..memang ni la tempat untuk shopping yang famous di Langkawi ni selain Idaman Suri.
Kalau ikut hati memang nak shopping barang2 dapur...pinggan mangkuk segala. Tapi bila memikir nak turun naik ferry dengan anak kecil dan orang yang ramai maka simpan jer dulu niat tu. Papa pun dah kata next time datang tak boleh naik ferry, kena naik flight. Tapi bilanya tu tak tau la pulak kan..hihihi
Ok la..nanti sembang lagi. Gigih tau saya save/upload sikit2 gambar ni dari petang semalam. Taip sikit save..taip sikit save.. Akhirnya siap gak untuk day 2. Besok kita story day 3 pulak..
Babai..
6 comments:
Wah!!! Bestnye... Rasa nak g sana je...
bestnyer g langkawi..
anak2 le paling gembirakan
dengan main air di pantai...tengok ikan berenang2 dan coklat yang menggoda :)
bestnya..cantik semuanya..lagi lagi lagiiiiiiiii
bestttttttt
gambar pun cantik2 semuanya.
lama xgi langkawi. rindu nak kesana lagi.
Happynya anak2 lia..bestkan? coklat!!
Post a Comment