Feb 15, 2012

Wanita Bahagia..Impian Atau Angan2..



Tu tajuk ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI)

Dah 2 hari berturut-turut asek dengar CD tu dalam keta..ada lagi 2 CD sebenarnya tapi saya suka dengar yang ini. Hubby la yang suka beli, kalau dulu dia suka beli CD ceramah Ustaz Kazim, sekarang ni dah tambah CD UAI pula.. Selalunya dia akan dengar dulu, pastu akan pass kat saya..gilir2..hehe

Yang saya suka sangat ceramah yang ini adalah gambaran tentang syurga..khabarnya orang perempuan di syurga akan kekal umur 17 tahun dan lelaki umur 30. Kecantikan akan bertambah setiap saat begitu juga dengan lelaki. Di syurga nanti dada perempuan akan bercahaya dan giginya akan berkerlipan. Peluh yang keluar pula sewangi kasturi, bila menitis dan jatuh ke lantai akan 'berlagu'..seperti jatuhnya mutiara di atas lantai. Indahnya syurga..di syurga tiada kah*k,tah*, hing*s..semua yang indah2, baik2 dan harum2 sahaja. Ya Allah..seronoknya kalau dapat masuk syurga kan..

Ok..cukup dulu bab gambaran syurga.. UAI kata ada pendengar perempuan yang hantar email tanya kenapa UAI selalu 'kenakan' kaum perempuan tiap kali ceramah. So ustaz bacakan sepotong hadis yang maksudnya lebih kurang macam ni.."Kaum yang paling ramai menghuni neraka adalah kaum perempuan".

Orang perempuan kalau nak masuk syurga sangat mudah..yang penting taat Allah, taat Rasul dan taat suami. Insyaallah, pilih la mana2 pintu yang dia inginkan. Seperti kata UAI, nak taat Allah orang perempuan paling taat..rajin solat, rajin puasa..begitu juga taat kepada rasul, rajin amalkan sunah2 nabi. Tapi taat suami la yang paling susah. Suka membebel..suka melawan..suka merungut..(Ada beberapa contoh yang dia beri dan agak kelakar ;p)

Sebab tu bila ada rasa geram or nak marah pada hubby *normal la..saya juga manusia biasa yang dikurniakan rasa marah dan tak puas hati* saya cepat2 istighfar dan ingat balik kata2 UAI. Seronok jadinya.. sapa yang tak nak masuk syurga kan?

UAI kata tok nenek kita dulu pandai jaga suami sebab tu diorang kekal bersama sampai akhir hayat tak macam orang muda2 sekarang. Isteri dulu2 lebih suka masak sendiri..bagi suami makan air tangan sendiri biar berkat dan suami akan sentiasa ingat pada isteri..huhuhu.. Orang sekarang ni reti nak order jer..haishh.. :) Nak buat macamana kan, kadang2 tu memang tak larat sungguh nak masak.. tu pun kadang2 jer..kan..kan..kan :P

Ok la, ada masa nanti saya share lagi. Moga2 dapat kebaikan..

2 comments:

cahayaygmemelihara said...

suami lah tempat segala kan lia..termasuk marah...hahahha :) cuma kena amalkan saling maaf bermaafan setiap hari sebelum tidur..err bab masak tuh..isteri skrg ramai berkerja..mmg kadang2 tak larat..buat yg family kecil tu,kdg2 nak masak pun sgt tak berbaloi..tapi..ada peluang,kita pasti masak...:p heheh..

Anonymous said...

tq for the sharing..erkkkkk banyak nak kena baiki akak ni..