Mar 8, 2012

08.03.2002..



Saya tak silap tulis..tarikh itu, adalah permulaan untuk segalanya. Tiap tahun mesti ingat dan akan tulis pasal ni. Kesian korang kalau dah terbaca ;p

Biar korang muntah pas baca entry ni..tak kira nak story jugak..haha *syok sendiri wei*

Tarikh tu la kami 'declare'..tapi takde la kata nak kapel. Ceritanya bermula masa belajar dulu..part six. Tengahari lepas habis kelas kitorang balik naik basa sama2..(kami tu, refer kepada saya dan hubby) dari kampus ke kolej kediaman (hostel) Kolej kediaman saya masa tu kat Bukit 1, masih dalam kawasan UiTM dan dia pula di taman perumahan berhadapan pintu masuk UiTM..(Dekat jer pun)

So sebelum sampai depan kolej hostel, sebelum turun dari bas..dia tanya "awak sayang saya tak?.." So saya yang pemalu pun menganggukkan kepala sambil tersipu-sipu.. hihihi. Di situ la bermulanya hubungan cinta kami yang membawa kepada ikatan perkahwinan yang suci dua tahun selepas itu sehingga ke hari ini dan semoga berkekalan ke akhir hayat kami. Aminn..


p/s: Tak salah mengingati sesuatu yang indah kan..jangan marah naaa... :)

2 comments:

~ As ~ said...

*pengsan* hahaha...gurau ah.
kalau diingat mesti ko senyum2 ni kan?

Anonymous said...

weee....love is always in the air!!!