Mar 9, 2012

Rumah Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong

********* Kepada sahabat yang nak tau Contact Number tu boleh click BLOG INI ********

Selasa baru ni saya dan 2 orang pegawai dari Unit Teknikal ada lawatan kerja kat Puchong. Dah alang2 sampai Puchong tu terus la singgah ke Rumah Orang Tua Al-Ikhlas kat Pulau Meranti,Puchong. Singgah sebab nak bincang tentang lawatan yang ofis saya akan adakan pada 17hb nanti. (Insyaallah..)

Sampai jer situ mata saya jadi panas..air mata menunggu masa untuk mengalir. Memang tak boleh menahan sebak bila melihat orang2 tua kat situ. Terus teringat pada orang tua saya yang jauh :(..dan terfikir pula apakah nasib saya bila tua nanti. Semoga anak2 saya akan menjaga saya dan suami dengan penuh kasih sayang.

Menurut pemilik rumah orang tua ni, 90% orang tua yang ada di situ adalah dibuang keluarga dan kebanyakan yang masuk situ ada masalah kesihatan.. *Sedih*
Pemilik rumah ni adalah bekas jururawat, baru bersara dalam 4 or 5 bulan. Tapi rumah ni dia dah wujudkan nak masuk 9 tahun. Dia kata dia suka buat kerja-kerja kebajikan. Sungguh saya kagum dengan dia, seorang wanita yang begitu sabar melayan karenah orang-orang tua di situ.

Dia sendiri yang menyediakan makanan untuk orang2 tua tu. Dia mengaku dia agak cerewet dan tak mau orang2 tua di situ diberi makanan yang silap sebab ada orang tua yang tak makan ayam, ada yang tak makan ikan. So dia akn pastikan menu yang betul untuk orang2 tua berkenaan.

Kebetulan masa kami sampai, ada pelawat lain dari kolej apa saya tak pasti tapi saya puji budak2 tu. Rajin melayan orang2 tua tu bersembang..ada yang tolong suapkan makan, ada yang melayan diorang main dam. Pemilik rumah tu kata (Sigh..saya betul2 lupa nama puan tu..so saya panggil puan A shj k) orang2 tua di sini sangat suka kalau ada orang yang nak melayan diorang bersembang. Itu pun dah buat diorang happy..kesiankan. (Ada jugak diantara diorang ni yang sedikit bertuah kerana anak2 or kaum keluarga masih datang melawat)

Puan A kata dia tak pernah bertanya latar belakang penghuni2 kat situ. Tak tau sebab apa, mungkin dia ada alasan sendiri kan.

Ni ada gambar sikit..


Keadaan ruang untuk lelaki..

Kalau ada yang nak sumbangkan dapur gas sangatlah dialu-alukan sebab buat masa sekarang diorang guna dapur gas biasa sedangkan kena masak banyak tak sesuai guna dapur gas tu kan.

Ruang untuk wanita..agak crowded kan..

BUdak2 kolej tengh melayan makcik2 bersembang..sambil suap diorang makan.

Pakcik baju biru tu, katil dia betul2 dekat pintu masuk. Sian sangat..

Puan A yang baik hati dan tak demand..beri la apa yang kita nak beri.yang penting ikhlas.

Sign board..


Kalau korang dan family nak datang sini boleh datang anytime sebab 'Puan A' sentiasa ada dan penghuni di situ pun suka kalau ada orang ziarah mereka (sebab nak harapkan anak sendiri melawat memang agak susah)
Elok gak bawak anak2 kita datang tengok kan..supaya diorang hargai kita bila dah tua nanti..Insyaallah..

7 comments:

Izwa Kamaruddin said...

sudah dipanjangkan isu ini..

GREENJADE said...

oh bagus info ni kbetulan tgh cari rumah2 org tua utk next projek..hehe :)

u ade phone nos dorang tak?

Mun said...

masa belajar kat kolej dulu.. sellau je ikut program ke rumah org tua..

sedih, sayu... je tgk mereka duduk kat situ.. mcm2 kisah kita leh tau...

terus teringat kat mak ayah...

Tie HT said...

Aduh simpatinya..sebut pulau meranti teringat ada satu tpt menghala ke cyberjaya nama pulau meranti jugak..tp yg ni kat puchong kan ..

SemuaTentangKita said...

Tihara: Betul la tu..rumah ni dah dekat dengan cyberjaya..tp still dalam puchong area.

rasp said...

bagus buat program gini...
biar ada perasaan insaf skit...
tapi i memang tak leh gi tempat2 camnie sis...
cepat sgt airmata nie nak mengalir...

rite now w'ouls tgh jaga aunty w'ouls yg sakit...
dia andartu so mmg harapkan adik beradik and anak2 buah yg jaga...
we are happy menjaga dia walopun penat...
tapi w'ouls xsanggup hantar kat rumah camnie...
sedih sgt and tak sampai hati...

Nurhayati said...

andaikata anak2 aku ni sorang pun xbole nak jaga aku. aku sendiri offer suh antar umah org tua. yela kita mana tgk masa depan bila dh tua nanti kan. at least kalau kat umah org tua, aku ada kawan2.. ada org jaga makan minum. xde la bosan or tak teruruskan.