Nak amik masa sambung update blog sikit..sebab kalau simpan2 mesti akhirnya terperap terus sampai busuk ;D..tu pun dah dekat seminggu taip sikit2 pastu save.. pagi ni ingat nak siapkan terus.
Team building ni buat awal bulan hari tu 6hb hingga 8hb kat Genting View Resort..(View Genting jer..) Hotel dia ok la..just untuk bermalam kan. Makan pun ok gak..biasa-biasa jer, xde yang special. Sesuai la kut untuk program ni..hihi
Saya tak nak bebel..nak tempek gambar jer. Gambar ada banyak sangat tapi amik sikit jer..banyak sangat pun korang bosan gak kan..hihi
Lupa nak amik gambar masa mula2 sampai..tengok la, masing2 dengan keja masing2. Abang dengan tvnya..adik sibuk tekan itu ini..kakak call kawan dia bgtau dah sampai ;).. and papa tengah solat.
Hari kedua..
Gambar ramai-ramai sebelum bertolak ke tapak aktiviti..
Flying fox.. :)Tinggi gak..boleh tahan. Kalau saya tak peknen memang antara yang paling eksaited kut..
Abseiling..saya yang tengok ni pun gayat. Apatah lagi kawan2 yang buat tu :)
Orang lain sibuk panjat memanjat kita sibuk amik gambar ;p
Pokok tu adalah fokus utama..bukan mamat2 tuh :)
Antara geng2 saya..
Budak-budak ni pun sibuk gak..:)
Lepas aktiviti ni saya n family kuar cari makan kat luar. Kul 2.30 masuk kelas semula n kelas lak habis awal so bawak anak2 berendam kat pool..Masing2 tak tahan sebab sejuk gila air dia. Pagi tu pun sebenarnya masa saya kat tapak flying fox tu papa diorang dah bawak mandi pool, pastu baru join mama n kawan2. Tak banyak amik gamabr sebab masing2 tak nak berendam lama..:)
Hannan jer betul-betul masuk pool..yang kakak n adik main air kat tepi2 tangga jer..
Muka budak kesejukan..tu la, sapa suruh kurus sangat takde lemak memang la sejuk.. ;D
Hannan yang suka bab2 main air..
Anak dara ku yang makin membesar..Sangat la feminin tau..
Dua anak dara dari perut yang sama tapi personaliti yang sangat berbez.. Sorang agak pendiam dan sangat gegirl..sorang pulak lasak dan peramah :)
Susah betul la nak tangkap gambar yang sempurna..huhuhu. Sorang pandang camera sorang lak pandang tempat lain.. kadang2 semua takmau pandang camera..
Haaa..yang sorang ni konfem bagi kerjasama penuh bila nak amik gambar dia.. :D
Budak yang dah nak 'biru'..hihi
Tu jer kut gambar untuk hari kedua,banyak sebenarnya tapi xkuasa nak tempek semua..hari last cuma amik gambar view waktu pagi selepas hujan. View dari bilik..memang sejuk gila time ni. Hubby yang suh amik gambar ni..cantik katanya.
Ya..kami suka view macam ni.. awan dan kabus (awan nano..nano.. nano.. ;D)
Ok cukup!!! Sambung wat keja semula!!!!!!
7 comments:
ehh..mcm best je genting view nih!
Kakak lihat airmuka adik dgn si kakak pun dah tahu adik ligat dan kakak lembut. Tapi adik masih belum mengerti tak lama dia akan ikut style kakak sebab muka pun lebih kurang je (maklumlah dari perut yg sama kan...)
syioknya gi team building...
yg bertambah best tu sebab leh bawa famili :)
tempat pun best...
nampak sis hannan turning blue...
barulah best sis bila watak berbeza ...
eiiiiii geramnya tgk nuha dgn auni tu...nak baby mcm auni jugak bole lallalalalaaaaaa
wah seronoknyaaa nampak enjoy sangat!
Abseiling tu aku pun terliur :p slrppp..hehehe
muda2 dulu nasib baik dah pernah merasa.
seronoknya main air
anak2 saya pun pantang nampak pool
Post a Comment