Dah masuk 3 Ramadhan..alhamdulillah. Macamana puasa korang? saya lak first day tu puasa tapi semalam terbabas tidur, azan subuh berkumandang baru kami laki bini terjaga. Try gak puasa tapi memang tak larat :( kalau tak peknen ok jer tak sahur tapi peknen ni memang lapar sampai tahap nak pitam & gigil2..sakit kepala jangan cakap la. Tu sakit yang memang akan menyerang tiap kali perut saya kosong..huhuhu
Hari ni alhamdulillah..bangun awal, panaskan ayam dan sempat masak sayur campur buat tambah sikit..semoga dipermudahkan dan semoga bertahan sampai waktu berbuka nanti,insyaallah. Lain bila berpuasa kat umah ngan kat ofis ni. Kalau kat ofis tak terasa masa berlalu. Sedar2 dah kul 11 lebih :)
Eh..cukup dulu intro panjang berjela..
Tadi on the way gi ofis saja tukar channel..layan Johara. Kebetulan lak hari ni tetamu jemputan diorang Juara MasterChef Selebriti yang pertama..Dato Dr Fazley.
Sempat la dengar tips2 yang Dr Fazley share..tak banyak tapi saya rasa boleh gunapakai :)
1. Masa bersahur elakkan minum minuman yang bersusu untuk elak mulut lebih berbau.
2. Makan dengan banyak tapi jangan melampau sebab makan lebih boleh buat kita jadi lembab.
3. Akhiri sahur kita dengan memakan pisang sebab pisang bekalkan tenaga yang boleh bertahan beberapa jam..
4.Masa berbuka elakkan minum air manis sebab perut akan proses gula tu dan menyebabkan kita rasa kenyang..akibatnya kita hanya banyak minum air dan kurang makan nasi/makanan lain. Sebaiknya makan kurma dan minum air suam sebelum makan nasi..air manis boleh ambik selepas itu.
5. Sebaiknya jangan berbuka dengan fast food dan makanan yang mengandungi MSG yang tinggi kerana makanan tersebut akan buat badan kita letih dan seterusnya malas bangun pagi & takde selera untuk bersahur.
Tu jer kut yang saya ingat (ingat2 lupa gak ni)
Bubyeee...
p/s: Best la majikan hubby, bagi pelepasan sejam awal..kul 4 dah boleh balik. Tak sangka gak MNC company boleh berbaik hati macam tu kan? err..tapi orang melayu pun 5 orang jer dalam tu..hehehe. Itu pasal la kut..
8 comments:
sama la hari pertama tak sahur.. memang sampai nak pitam.. tak berani la tak bangun sahur dah
best la balik awalllll...*jeles nih!* hehehhe...
akak..ye la "abg budiman la" sb dia kan nak pegi obersea bln 9 ni start skrg dah xnk buat ape dah...sobsobsob...
ouh,thanks for da tips.
wow..memang tak pernah dgr lagi tips Dr Fazley ni..thanks for sharing...memang boleh diamalkan...
aritu kwn dee try puasa..dia pregnantlah..perut dia mengeras..dia tya doc, doc kata baby in distress..so, dia tak puasalah..terpulang pd diri masing2 kan..kalau tak memudaratkan teruskanlah lia..kalau tak larat, buka je tau..
kita sahur pun keluar semua jugak. badan rsa penat tapi mampu lagi bertahan. angin tok sah kira la. hubby pun memang balik kul 4,hari2 pun mcm tu :p hehehe tapi dia x dernya nak balik kul 4.
Terima kasih untuk info ni..;D
kami balik sejam awal..kul 4.30 dah cabut
Post a Comment