Nk dijadikan cerita..jumaat malam tu B balik lambat sebab ada rewang kat surau..menganyam ketupat. Ni betul2 punya ketupat tau..bukan ketupat yang satu lagi tu..hihihi. Lagi 20 minit kul 12 baru sampai umah, pastu dia kena kuar balik sebab nak amik adik lelaki saya kat station bas yang baru sampai dari Muar.
Masa dia nak kuar tu pun saya memang dah mengantuk sangat..memang tak teringat langsung nak wish. Walhal siang tu (dan beberapa hari sebelum ingat jer yang sabtu tu besday dia) So masa dia kuar tu belum kul 12 lagi..bila dia kuar jer saya pun terus naik atas kebabooommm...tidur!
Saya tak tau kul berapa dia balik..yang saya sedar dia cium dahi dan tangan saya. Saya dalam mamai2 tu kiss dia balik and sambung tidur..Huwaaaa..terasa kejam jer boleh lupa nak wish. Apa punya wife daaaa :')
Bila bangun esok pagi terus teringat dan tengok2 dia dah takde kat sebelah. Melompat saya bangun cari henfon dan sms tanya dia kat mana.. Dengar bunyi sms masuk kat tepon dia..rupanya henfon lak dia tak bawak...ada kat atas katil.. huhuhuhu. Lama gak saya tunggu..dekat kul 9 baru dia sampai. Rupanya lepas subuh dia terus lepak surau tolong2 wat apa yang patut untuk majlis khatam Quran malam nanti.. :)
Masa tu baaaaruuu wish besday dia..haihhh..lemah betul :D. Syukur la dia faham keadaan saya yang penat dan mengantuk sangat malam tu.. Lagi pun baru tahun ni jer terlupa...sebelum2 ni memang tunggu sampai kul doblas..hehehe.
Bila cakap pasal tunggu kul 12 ni teringat lak beberapa tahun lalu sebelum kitorang kawen. Masa tu saya datang dari KK semata-mata nak celeb. besday dia.. Menjelang besday dia tu kitorang lepak makan kat A&W Subang..ingat lagi masa tu tetiba ada sorang pompuan call wish besday dia. Kul 12 malam ko..tapi saya dengar hubby cakap thanks dan bagitau dia ada dengan saya..huhu. Sian kat pompuan tu..sanggup tunggu sampai tengah malam nak wish besday boifren saya..hihi. Saya ingat dia suruh sampaikan salam pada saya tapi saya tak ingat sapa nama pompuan tu..B ada sebut rasanya masa tu..tapi dah lupa. Hurmmm..abaikan. Sekadar selingan jer..
Doa dan harapan saya semoga B diberi kesihatan yang baik, sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah, dipermudahkan segala urusan dan semoga keimanan semakin kukuh dari ke hari. Aminnnn..
Hadiah??? Awal bulan lepas lagi saya dah bagi..benda yang dia memang nak dan dah tahu saya akan bagi ..hehehe..
6 comments:
Selamat ulangtahun untuk suami tercinta! oppppss! suami awak tau bukan suami kita..hehehe
semoga beliau dipanjangkan umur!
happy birthday to ur husband..moga dipanjangkan umur..
happy bday kat encik suaminya :) semoga bahagia hingga ke syurga. amin
hadiah apa tu ??
aku last year tak silap tersalah wish sehari awal..kelakar gila.
SupercuteMummy..Sis Dee & Eliss: Tqvm :)
Eliss: Aku bagi tepon jer..gantikan tepon lama dia..
hepi besday untuk dia :)
happy birthday En Haris!!!
moga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Post a Comment