Oct 17, 2012

30 Minggu Hari Ini

Syukurrr..Hari ini genap 30 minggu nan indah. Walaupun macam2 dugaan yang dilalui tapi tetap bersabar. Dah namanya mengandung kan..sakit2..lenguh2..mood turun naik tu adat la :') Dah boleh kata penghujung minggu kehamilan..insyaallah 10+/- minggu jer lagi. History sebelum2 ni 37 minggu..auni 38 minggu. Tak tau la kali ni minggu ke berapa la pulak baby ni nak keluar. Due 27hb Disember..tapi kalau bersalin tahun depan pun ok gak ;D

Preparation..tak beli/prepare apa pun lagi. Ada gak hari tu cik abe tanya bila Sogo wat sale (tapi setahu saya sogo tu manjang jer sale..tak tahu bilanya tak sale..hiks) Saya dan suami memang suka beli barang baby kat sogo sebab berbaloi. Boleh jer dapat pyjama bby (berjenama) dengan harga belasan ringgit sepasang. Nanti la, terfikir gak nak amik cuti sehari untuk beli barang2 baby sementara masih larat ni. Tak mau la tunggu dah sarat baru gi cari..penat. Kuderat dan tenaga ketika mengandung di usia 30-an ni tak sama macam mengandung di usia 20-an ;) Nak2 pulak anak dah bersusun macam ahkak ni ha. Cepat jer mengah..

Cakap pasal anak bersusun, kami somisteri cadang cukup la kot 4. Walaupun selalu berseloroh pada kawan2 yang cukup la 1 row seat kapal terbang untuk kami 6 beranak nanti. Tapi hakikatnya bukan sebab faktor risau takde orang jaga or sebab tak mampu nak bagi makan. Tapi sebab takut2 tak termampu nak tunaikan tanggungjawab terhadap amanah2 Allah tu. Makin ramai anak makin besar tanggungjawabnya..tu la yang sebenarnya kitorang fikir. Walau pada asalnya sebelum ini suami selalu cakap "takpe..anak tu kan rezeki. Rezeki tu Allah yang beri". Memang betul, tapi saya cakap kat dia yang saya pernah terbaca (kat mana ntah..dah lupa) UAI cakap "haram hukumnya merancang anak sebab tak mampu nak bagi makan, harus hukumnya bila takut tak mampu tunaikan amanah"..macam tu la lebih kurang ayat dia. Alhamdulillah, suami setuju. Tapiiiiii..apa2 pun, kita merancang..DIA juga merancang dan perancanganNya adalah yang TERBAIK untuk hamba2Nya.

Tak plan pun nak taip panjang pagi ni.. saja nak update blog yang dah tak daily updated ni :) Orang lain banyak jer masa nak update pagi petang..kalau dulu masa saya kat HQ boleh la, but tidak sekarang sejak duduk branch ni..huhuhu. Masa selalu mencemburui daku..

Saya akhiri entry pagi ni dengan 2 gambar makyung semasa 29 minggu dan hari ini 30 minggu ;D


 
30 minggu


29 minggu..

p/s: Rasa macam kadang2 perut ni kejap kecik..kejap besar ;P



Published with Blogger-droid v2.0.9

7 comments:

Mummy Sher said...

Tahniah dah sampai 30 minggu. perut pun nampak comel je. semoga semuanya dipermudahkan ye..

Nurhayati said...

best tengok perut. comel sgt. buat rasa nak pregnant lagi hahah. anak tu rezeki kan. tuptup ada lagi.. alhamdulillah.

Kakzakie Purvit said...

Tapi memang tak besar sangat pun kakak tengok. Macam comel lagi tapi dah 30 minggu ye.

Dah tak lama lagilah - harap terus sihatlah hendaknya.

Eliss said...

wah dah dekat kan. kejap jer rasa. aku skang ni bila pk, berdebar rasa mcm nak beranak sulung balik :p

Anonymous said...

hahaha akk pun sama..rasa mcm kdg2 perut kecik kdg2 besar..maybe kedudukan bby yg bergerak2 tak ingat tu kot...semoga selamat la kita yeeee hehehee
psttt..ada berdebar2 tak nak beranak ni? akk mmg berdeabr...takuttttt

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

kejap nye dah 30 weeks...

A.H.A.D said...

Eh cepatnye ko dh 30wks.
Rasa mcm br je lg.
Aku pun plan 4 org. Tp xtaula bila sorg lg ni...nk rest lama2 sket rasa hehe