Oct 5, 2012

Jumaat Yang Gembira

Hihi..tajuk tak umph sungguh ;p
Alhamdulillah...penantian dan debaran hubby since bulan lepas akhirnya sampai ke penghujung.

Petang semalam..hubby balik awal. Masa saya sampai dia dah ada depan pintu.. saya kuar keta jer dia terus tunjuk whatsapp dari bos dia. Syukur..tempoh percubaan dia kat A*** dah tamat & dah dapat permenant kat situ.
Sebelum ni dia risau gak sebab ada 2 orang yang tempoh percubaannya kena extend lagi 3 bulan. Memang nampak sangat dia happy dari raut wajah dia. Walaupun bos kat company lama dia kata anytime dia nak join balik sgt dialu-alukan.. ;) dia sangat berharap dapat kerja kat company baru tu.

Saya sebagai isteri mesti la tumpang happy.. Sebab tempat keja dia sekarang dah tak perlu stay ofis sampai tengahmalam or sampai pagi untuk siapkan tender macam kat company lama. Lebih banyak masa untuk kami sekeluarga..
Rezeki baby nampaknya nih.. :D Terima kasih Allah kerana sentiasa berbaik hati pada kami.

p/s: Satu lagi berita gembira..malam tadi kul 10 mak saya call btau adik saya dah selamat bersalin baby boy... Alhamdulillah..dipermudahkan. 20 minit je dalam labour room.. Semoga saya bersalin besok pn dipermudahkan. Amin..


Published with Blogger-droid v2.0.9

2 comments:

Tie HT said...

alhamdulillah sronok dengar berita hepi dari orang lain..tumpang hepi sama :)

Anonymous said...

bagus bagus..moga2 murah rezeki lagi lepas ni....