Alkisahnya...lepas exam paper ke dua ari rabu tu, saya dan 3 orang kawan gi cari buku audit..merata kedai buku dah pegi tapi takde buku Pengauditan tu.. So, tu pasal datang ke Perpustakaan Tun Uda ni.
Bila sampai jer sorang2 cam jakun..hahaha. Memang besar & luas gila.. (patutlah cost library ni 70Mill) Semua orang (kami ler tu) asyik "wahhhhh..." "waaaahhhhh"..hahaha.. Memang nampak benar jakunnya ;D
Ada snap gambar sikit.. :)
Depan pintu masuk..kaunter pertanyaan. Kami pun sempat tanya gak.."Pakcik, kedai buku kat bawah tu memang tak buka lagi ke? ".. sebab kalau ikut signboard dia memang ada kedai buku lat LG. Hampaaa..kedai buku tak buka lagi..maksud saya belum beroperasi lagi. FYI, kat LG ada gym gak tau..surau sekali. Senang..
Yang ni ruang apa tak tau..tak masuk pun tapi memang luaaaassss sangat. Escalator tu untuk naik tingkat 1 - 4.. Dia tulis siap2 kat papan tu, budak umur bawah 10 tahun tak boleh naik atas. Mungkin tak nak ada unsur2 gangguan bunyi pada orang yang nak membaca/study ;)
Kami gi tingkat 4..bahagian Rujukan. Tu nampak tak kawan saya bawa beg kaler oren? Tu beg kasut tau..kalau nak masuk kena buka kasut..and diorang ada sediakan beg untuk kasut..so korang bawak la kasut tu mana pegi pun..hihi. Ini adalah pemandangan yang korang nampak sebaik jer buka pintu tingkat 4 tu :)
Kawan2 saya baru nak berehat..masing2 pun penat.
View dari tingkat 4..apa yang ada kat tingkat 1 hingga 3 tu saya tak tau sebab tak sempat nak intai.. Yang saya tahu kalau nak pinjam buku boleh pegi ke tingkat 3, tingkat 4 ni hanya untuk buat rujukan dan buku2 yang ada kat tingkat 4 ni tak boleh dibawa keluar..(buku2 mahal katanya) Kami pun frust gak bila dia cakap tak boleh pinjam/bawa keluar sebab merata cari buku audit tu tak jumpa..sampai sini memang ada tapi sebagai rujukan sahaja. Seronok kejap jer...huhuhu
Lagi view dari tingkat 4.
Luas..cam shopping complex kan :)
Cantik tersusun..
Kagummm..Computer provided semua brand Apple.. (patut la kos mahal kan ;P)
Ruang santai..agaknya. Tandas ada kat dalam ni jugak..tu kawan saya tuju toilet la tu..hihi
Masa nak balik sempat snap gambar ni..view dari GF..tasik terbentang luas. Tangga tu untuk turun ke LG yang ada cafe, gym & surau.
Ni kids punya area. Amik gambar dari luar jer..tak sempat nak masuk dalam sebab nak berkejar ke kedai buku UiTM lak pastu..
Library Tun Uda ni terletak dalam Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah (Seksyen 13, Shah Alam) tau. Kalau nak masuk memang kena masuk/lalu ikut laluan ke KGSAAS. So, dah tau dah mana nak bawa budak2 lepak kalau dah bosan duduk rumah ujung minggu.. :D
6 comments:
akak..ni ke library yg terbesar tu?sgt besar niii.....
wow bestnya..cantik..tiap level lain kaler lantai/karpetnya..
kalau library ni kat KL..mmg tiap2 hujung minggu kot lepak sini..
Bestnya masuk tempat ni.besar pula tu..
salam lia..pkbr?bestnya dpt gi library besar ni! klu kt rmah akak sure hari2 gi library.
wah ! terkasima akk tgk perpustakaan nie .. mak aihhh indah , bersih , luas dan kemassss ..
kerja sini pun best kann ;))
wow cantiknya....ni public library ke Lia?
Post a Comment