Jan 16, 2013

Bila Tak Tau Nak Buat Apa

Tak sampai sebulan pun duduk rumah dah 'jeng krenggg' :)

Selalunya lepas tidokan Harraz memang mati kutu tak tau nak buat apa. Sudahnya menambah koleksi gambar di instagram la jawabnya. Tak pun cuci mata kat fesbuk..sesekali membebel kat twitter..hihi. Tak produktif langsung aktiviti mak kan. Tambah2 lagi sekarang ni tak perlu nak on laptop or komputer..cuma perlu pastikan tepon pintar dicaj secukupnya ;D

Jarang sangat saya tidur petang..bukan tak mengantuk tapi bila Hannan n Nuha dah balik sekolah maka rumah jadi sangattt meriaaahhhh..gabungan 3 suara memang mantoppp. (Kalau 3 suara yang penyanyi tu sedap gak telinga) 3 suara yang kejap terkekek tergelak kejap pulak menjerit bergaduh sesama diorang. Mau tak meriah rumah ni :')

Buat kawan2 instagram, korang buat tak tau jer la kalau tiap ari sampai 3 ketul gambar yang diupload k..sebab tu tak sampai setahun dah 5 ratus lebih gambar dalam tuh ;p

Published with Blogger-droid v2.0.10

3 comments:

Nurhayati said...

suka umah meriah, kalau sunyi mati kutu plak hahaha
ala beb, kita punya akaun, suka hati la nak buh bape byk skali pun. aku je yg blom tegar lg kat ig ;)

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

Ig has dah sampai 2..yg 1st dulu seribu lebih je pic trs slow loading :)

A.H.A.D said...

aku memang buat tak tau jer sebab aku pun sama kejap2 upload gambor kekeke