Takde benda sangat pun nak sembang pasal bibik ni :) Cuma nak bagitau yang bibik dah balik kampung dia..for good.
Sepatutnya permit dia tamat 21.12.12 ari tu tapi dia extend sebulan..mungkin sebab kesiankan saya yang sarat ketika itu.
Dia yang nak berhenti..nak menjaga mak dia yang dah tua & tak sihat. Saya dan suami pulak sebenarnya memang dah plan taknak sambung memandangkan ada beberapa benda yang tak memuaskan hati. Especially bab kebersihan dan kecuaian..Lagi pula simpati pada dia yang dah berumur..mungkin sebaya mak saya.
Tak perlu rasanya saya tulis detail apa lagi kenapa kami tak terus sambung kontrak dia. Sebab kami masih mengenang budi dia..yang membantu dalam kerja2 rumah...sedikit sebanyak meringankan kerja saya :) Dan yang paling penting dia tak pernah aniaya/dera anak2 saya..itu yang baiknya dia.
Walau dia tak reti sangat nak bergurau & memujuk budak2 tu..dia tak pernah naik tangan..saya rasa bersyukur sangat bab itu. Malah budak2 tu pulak yang kadang2 buli dia..hehehe..
Sooo..dah sebulan lebih takde pembantu. Awal2 tu rasa ralat jugak la sebab dah biasa bangun pagi turun bawah tengok lantai dah disapu..dah dimop..baju dah basuh (mesin yang basuh sebenarnya). Tapi sekarangggg..sila buat sendiri ok ;D
Sebenarnya ok jer takde bibik..so far semua kerja rumah saya buat..dibantu oleh suami. Ye la..sebelum ni pun kami dah biasa xde pembantu. Amik maid pun sebab takde orang nak jaga Auni.. Bab melipat baju & basuh pinggan memang tugas hubby so kurang la ringan la sikit kerja saya..
Biasanya sebelum tidur saya sapu n mop lantai siap2 so bila bangun esok pagi lega sikit tengok lantai bersih. Kalau tak larat sangat nak menyapu saya akan pastikan tiada barang atas lantai. Rimas ok bangun pagi tengok rumah bersepah..boleh rosak mood. Boleh efek kerajinan sepanjang hari..(alasannnn ;p)
By 10 - 11 am biasanya semua kerja dah setel..Auni & Harraz dan tidur. Masa tu la saya berehat..lelap sekejap kalau mengantuk sangat. Tapi jarang la lelap sebab nak tunggu WHI kul doblas kan..heheh..
Kul 2.30 abg Hannan n kakak balik sekolah so kena melayan karenah diorang pulak. Maknanya 4 orang la yang perlu diberi perhatian.. layan la jerit pekik hilai tawa diorang. Kejap elok kejap gaduh..dah biasa bagi diorang tapi tak bagi mak diorang ni..tetap gak menyinga je tiap ari ;D.. kalau diorang nak sepah rumah tu boleh lagi tutup sebelah mata tapi bila bergaduuuuhhhh..memang mak angin. Macam tu la hari2..
Tapiiii..alhamdulillah saya masih mampu masak untuk dinner. Al maklum hubby jenis lebih sukan makan kat rumah. So kalau dak Harraz tu tidur lena waktu petang boleh la mak dia masak awal tapi kalau dia mengada-ngada tak nak tidur dan asek ek ek ek..maka kena tunggu pak diorang balik baru boleh masak.
Lepas dah siap masak tunggu hubby balik dari surau pas isyak baru dinner. Memang tetiap hari makan lambat..tu pasal la lemak2 ni suka sangat duduk kat badan..huhuhu. Dah la asek tak menyempat nak sapu fellina..memang sakan la diorang bermastautin kat perut ni.. :')
Ye la kan..dh ada baby ni semua benda kena buat cepat..fellina tu kan kena sapu lepas mandi so kalau anak menjerit time tengah mandi memang jangan harap la nak sapu. Kalau dia tak nangis pun tetap gak kena cepat2 sebab risau kalau2 kakak dia buat yang tak patut kat adik dia. Jangan kata nak sapu fellina..makan pun kunyah cepat2 terus telan. Fuhhh..memang patut la syurga tu di bawah telapak kaki ibu..
Sebenarnya nak taip banyak lagi ni. Tapi perut lapar lak.. Ni tak tau boleh lepas ke tak sebab dah 2 entry saya save tapi hilang sebab bloggerdroid problem. Salah satu entry tu pasal cerita kelahiran Harraz. Even takde orang yang nak tahu pun saya tetap nak tulis sebagai kenangan suatu masa nanti..
5 comments:
sapa menjaga harraz nnt lia?
faham sgt takde bibik tu gi mana...aku br dua pun semput...baju tu dua tiga hari je bleh jd berbakul sbb sehari ntah berapa kali kena tukar dua comots ni...so kerajinan aku n ubi mmg terserlah time weekend...time weekdays ni...kalau larat buat...kalau tidak nasib la situ...nasib baik ubi tolong n aie pun rajin amik brg itu dan ini....mmg budak suruhan habis :p
Tengah tunggu maid baru sampai..in shaa allah. Tu la kan..sementara nak tunggu anak2 besar ni memang penat la sikit. Nanti diorg dah besar kita rindu lak keriuhan masa diorg kecik :')
begitula rutin harianku ;)
kita superwomen lia..Has pun kdg2 mkn lambat..settle kan hal bdk2 n suami dulu..lapang skit baru mkn :)
huhuhu..sama la kita. macam nak copy paste je post lia ni..hehehe teettttttt
Post a Comment