Feb 3, 2013

Sebulan Seminggu

Lama tak bersiaran..bersiaran pun guna bloggerdroid jer.
Hari ni 03.02.2013..Muhammad Harraz Imtiyaz genap 38 hari. Maknanya maknya ada lebih kurang 6 hari je lagi untuk berpantang *goyang vontot* ahaha.. (Berpantang yang macam tak berapa nak pantang..;p)

Lambat betul nak update pasal Harraz. Hari tu g klinik bawa Harraz untuk cucuk sebulan..jom cekidaut pertambahan dan perkembangan Harraz...

Berat masa lahir : 2.75kg
Selepas sebulan      : 4.2kg

Panjang masa lahir : 48cm
Selepas sebulan      : 53cm

Alhamdulillah so far senang nak jaga Harraz..ari tu jer dia meragam waktu malam,ada la beberapa hari. Sekarang ni bangun untuk menyusu je. Syukur..moga menten macam ni supaya mama dapat tidur yang cukup ;D

Dan Harraz masih fully BF..walaupun susu mama dah tak semeriah dulu tapi alhamdulillah still cukup lagi untuk dia. Dan masih boleh buat stok..in sha Allah untuk consume bila mama dah start kerja bulan 3 nanti.. Sekarang ni sekali pam cuma dapat 3oz kalau tak ambil 'booster' ;) Booster saya cuma air milo + horlicks dan kadang2 makan coklat (tu yang kata cam tak berapa nak pantang td ;p) Kalau 'supplement' cukup boleh la dapat 5oz untuk sebelah B. Alhamdulillahhhh..

Ok la, ni dah balik ke rumah sendiri semula setelah 2 minggu balik kampung. Maknanya mula lah tugas dan kehidupan seperti biasa :')..

Published with Blogger-droid v2.0.10

3 comments:

Nurhayati said...

jgn risau kalau pam susu tu sikit je keluar. jgn bandingkan org lain pam banyak, nanti stress. setiap bayi lain keperluan dia. hmm lama dh aku xmengepam, last masa ariq 2bulan pastu aku malas, sbb dia xnak botolkan. bagi direct je.

Sidratul Muntaha said...

aih..
anka2 ko semem muka kacuk.
huhuh..
lawo2 deh

Tie HT said...

bulatnya baby..cute sangat :)