Mar 27, 2013

6 Tahun!! ~ Surat Dari Mama Untuk Hannan



 
Alhamdulillah..syukur, hari ini 27.03.2013 genap 6 tahun umur Hannan.
 
Mengimbas semula kenangan dulu mama jadi tersentuh hati. 5 bulan selepas mama dan papa bernikah mama sedih sebab masih belum ada tanda2 mama hamil. Hampir setiap bulan mama buat UPT (UPT tu ujian kehamilan melalui air kencing kalau2 Hannan tak tau apa itu UPT)
 
Sampai pernah sekali mama menangis di depan papa sebab teringin sangat nak merasa menjadi seorang wanita yang dalam rahimnya ada buah cinta yang tumbuh hasil dari rasa cinta dan sayang mama & papa. Alhamdulillah..Allah dengar doa mama, selepas 6 bulan mama dan papa diijabkabul mama disahkan hamil. Gembiranya mama & papa hanya Allah yang tahu.. Walaupn semasa di awal kandungan mama sering mengalami sakit kepala yang teruk tapi mama tetap bersabar kerana mama anggap itu adalah harga yang perlu mama bayar untuk bergelar ibu.
 
6 tahun sudah berlalu..sekarang ni Hannan pun dah jadi abang kepada 3 orang adik. Mama nampak kasih dan sayang Hannan pada adik2. Walaupun Hannan suka menyakat adik2 tapi perhatian dan sikap ambil berat Hannan terhadap adik2 mencairkan hati mama. Mama tahu Hannan boleh jadi pelindung adik2.
 
Beberapa hari lepas, Hannan baru bangun daripada tidur petang. Mama suruh Hannan mandi dan masa Hannan nak buka baju Hannan kata "mama..hannan dengar bunyi hujan. Nuha mana? Nuha.." Mama tak sangka Hannan sedar Nuha tiada di rumah..memang Nuha bermain d padang masa tu. Mama rasa tersentuh sangat2..
Ada masanya mama geram dan marah pada Hannan tapi mama tahu Hannan sedar mama sayang Hannan. Mama sukaaaa sangat bila tiap kali Hannan datang peluk mama dan cakap "Hannan saaayang mama" Semoga Hannan sayang mama sampai akhir hayat mama. Mama juga sayang Hannan, Nuha, Auni & Harraz sangat2. Semoga kasih sayang dan cinta sentiasa ada dalam keluarga kita.
 
Sempena hari ulangtahun kelahiran Hannan hari ini.. mama berdoa semoga Hannan jadi anak yang soleh. Jadi hamba Allah yang beriman.. semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan Hannan dan semoga Hannan dijauhkan daripada perkara2 keji dan mungkar.

 
 
 
 
 
P/s: Semoga lepas Hannan baca tulisan mama ni Hannan tahu yang mama & papa sayang sangat kat anak2.
Published with Blogger-droid v2.0.10

3 comments:

JaSSNaNi said...

selamat hari lahir buat hannan.. semoga menjadi anak yg soleh.. insyaALLAH hannan besar nanti hannan tahu apa isi hati mama/papa..

Tie HT said...

selamat hari lahir..comel dia ni :)

Suria Amanda said...

Happy belated birthday Hannan...hensem dia.. salam kenal