Mar 17, 2013

Huggies Dry Pants: Tukarlah Untuk Lebih Senang Dipakai

Menukar lampin pakaibuang anak ni ada masanya memang mencabar kan. Jangan kata yang dah boleh berjalan, berlari..yang dah pandai meniarap pun agak susah. Kita letak jer terus nak pusing..menonggeng.  Memang mudah jer mak dia naik angin..nak-nak lagi bila nak cepat. Grrrr...

Kalau korang nak tau, sekarang ni Huggies ada keluarkan lampin pakaibuang ala-ala seluar dalam anak ;D
Huggies Dry Pants!! Dengan harga yang sangat berpatutan, Huggies Dry Pants ialah pilihan yang mudah digunakan untuk anak-anak yang aktif. Saya memang suka dry pants ni sebab senang dan cepat. Lebih-lebih lagi kalau nak salin lampin anak dalam keta. Kalau lampin biasa kita kena baringkan anak baru boleh pakaikan dengan kemas. Dengan peregang lembut di bahagian tepi memberikan keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupun semasa bayi anda sedang bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran. Paling penting, Huggies Dry Pants ni terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin.




Kalau anak sorang boleh la baringkan, tapi kalau anak yang ramai macam saya ni memang la susah. Kalau nak pakaikan sambil berdiri gerenti tak kemas dan bila tak kemas tu memang ada potensi bocor & basah..tak suka! Tapiii..kalau pakai dry pants ni boleh pakai sambil anak berdiri..sambil diorang menonggeng pun boleh :) Kemas dan kurang risiko basah.

Semudah koyak, salin dan lepas..jimat masa dan jimat tenaga. Cuma koyakkan bahagian tepi 'seluar' salin dan boleh lepaskan anak2 kita yang lasak tu sambung bermain. Tak perlu nak bergelut dengan anak-anak.. takde aksi kejar-mengejar dalam rumah tiap kali nak tukarkan lampin. Sekarang ni Harraz tak reti nak pusing lagi tapi lagi beberapa bulan sure dia pandai meniarap dan menukarkan lampin dia pasti mencabar.
 
Walaupun dia tak pandai pusing lagi..mama still kena cepat pakaikan dia lampin. Kalau lambaaaatttt memang kena pancut dengan dia..huhuhu

Harraz : "Sap sap soi la mamaaaa..."
Harraz pun suka mama tak ambil banyak masa untuk siapkan dia.. Jangan tak tau, baby pun bosan kalau kita slow dan  siapkan diorang lambat kan.



Dengan Huggiest Dry Pants ni memang menyenangkan kerja mama..menjimatkan masa juga kan. :) Tak cuba tak tau kan. Saya dah cuba, anda bila lagi :P Tukar untuk lebih senang dipakai i tell you...

Kalau korang nak dapatkan sample percuma boleh klik di SINI. Dan kalau nak tau update terkini dari Huggies boleh like facebook. www.facebook.com/Huggies.Malaysia..

Klik jangan tak klik tau..

Bebas dan selesa dengan Hugies Dry Pants




Disclaimer: Ini adalah iklan berbayar


No comments: