Taip..padam..taip..padam. Haihhh..malas betul la sekarang ni. Tapi tergedik nak update jugak, biar takde orang sudi nak baca pun.. ;p
Esok dah start puasa..insyaallah. Syukur berpeluang bertemu lagi dengan bulan penuh keberkatan ni kan. Harapnya ramadhan kali ni boleh puasa penuh.. Yang pasti, tahun ni tak boleh joint tarawih beramai2 di surau. Tadi hubby ajak pegi..dia suruh bawa Harraz dan letakkan dalam 'bakul' dia. Ikut hati nak jer pegi malam first ni tapi sebab tak prepare so tk pegi la jawabnya. Insyaallah esok2 kalau berpeluang memang nak join. Seronok..masa ni la dapat jumpa hampir semua jiran2 setaman :)
Malam ni HannaNuhAuni ikut papa..Auni tu saya macam berat hati nak lepas sebab dia tu tak faham apa lagi. Risau dia bermain pastu terjatuh ke apa. Tak pun risau dia mengganggu jemaah2 lain.. huhuhu
Lagi pun, sian sebab dah kompem balik lambat..dia biasanya tidur awal. Kang tertidur kat surau tanpa pengetahuan hubby lak..ngan tak makan malam lagi. Haishhh..jadi mak ni memang banyak benda nak fikir kan kalau sesuatu yang berkaitan dengan anak..
Oh yup..errr kami ada buka booth kat bazaar ramadhan Anggerik Mall. Project hubby dan 2 org jiran..tapi upah orang lain jaga. Jemput la..kalau tak beli, cuci mata pun jadi la :) Kan dress budak pompuan umur 7 hingga 12 tahun agak susah nak cari kan. So kat booth tu nanti boleh jumpa... Insyaallah. Kualiti kain memang terbaek..gerenti tak nyesal beli..hihihihi. Err..maksud saya baji budar dari umur baby sampai 12 tahun. Niat memang nak upload gambar..tapi tak mampu nak amik gambar sebab banyak gila kut..hahaha. Masa hubby bawa balik stok ari tu memang boleh juling biji mata nengok baju2..dresses tu semua. Hubby suruh saya jual gelang pearl dan butang baju melau jugak. Ok jer kan..dah dia nk kuar modal. Saya just bermodalkan air liur jer untuk promote kat kawan2 ofis. Alhamdulillah..rezeki dari DIA kan..
Tadi kat oif lepas lunch hour..boss kata dia dah beli lauk masak untuk sahur nanti. Pastu saya "Astaghfirullah..ya Allahhhh...ha ah la kaaakkkk. Esok dah start puasaaaa..." memang teruk betul daya ingatan sekarang ni. So banyak kali duk setkan dalam kepala ni yang pagi nanti kena bangun sahur..puasa!
Tengah best menaip tadi..hubby dan anak2 balik. Stop kejap..makan. Dekat kul 11 makan malam ok..mau tak bertambah gems mama dia ni..huwaaa. teraniaya perutku :') Petang tadi sempat masak ayam kicap kegemaran suami dan anak2..sotong goreng tepung & kalian ikan masin. Saja masak banyak untuk sahur sekali..hahaha. 'Rajin' tahap dewa nih ^_^
Ish..dalam malas2 nak menaip tu jadi gak satu entry. Dahhh..tdo! Esok nak bangun awal.
Salam Ramadhan Al-Mubarak everybody..
2 comments:
Salam ramadhan & selamat berpuasa.
selamat berpuasa sis....
Post a Comment