Tapiii..tiada daya la pulak daku nak jahit semeriah ini kan :'D Mau makan 3 tahun baru siap. Itu pun kalau nasib baik. Buat kat lengan jer pun belum tentu boleh siap. Banyak faktor nak diambil kira kan..memasak..mengemas rumah..menjaga anak2.. semua tu dugaan2 yang boleh mematikan mood nak menjahit beads ni
So..bila fikir faktor2 di atas..ditambah lagi dengan factor kurangnya kerajinan (ini sebenarnya alasan utama) Saya fikir..beli lace saja dan jahit. Senang dan cepat! Lagi pun sekarang ni kan trend baju plain jahit lace.. Ala2 mengikut trend semasa la kononnya..walhal pemalassss :')
Boleh tahan gak rega lace ni kan..saya beli semester RM26. Perghh... semeter panjang mana jer pun kan. So saya ambik lace yang boleh digunting dijadikan 2 meter..(??????) Hihihi..kena la kreatif kalau nak jimat kan. Lace tu agak lebar so saya gunting di bahagian tengah..sebab corak lace tu atas bawah ada design. Lupa nak snap gambar lace sebelum gunting.
Lengan baju..sebelum diberi sentuhan..(ahaks)
Dah jahit lace..
Dah jahit lace dan beads..dah berseri sikit baju murah ku...hihihi
So..officially tema raya tahun ni adalah coklatttt. Baju kurung anak2 dara dan baju melayu mr hubby dah beli masa gi jalan TAR arikhamis ari tu. Cuma baju melayu anak2 teruna lagi tak jumpa. Tkpe..ada masa lagi kan..balik kampung pun malam raya kan. So ada peluang dapat harga lagi murahhh..
Baju apak diorang..
P/s: Jom shopping baju anak di Booth No.16, Anggerik Mall :)
2 comments:
Sekarang trend orang pakai baju manik2 & lace. Lawa baju anak2 tu.
kalau tanya skang
mmg tak rajin la nak jahit manik
ape ntah lagi nak tempek lace
dgn anak2 kecik ni hihi
murah dan cantik satu kombo yg menarik.
aku pas baju kurung aku yg kosong satu kat ko ek.. ;)
Post a Comment