Aug 27, 2013

Dulu Vs Sekarang

 
Ingat tak?? Dulu2 kita amik gambar ngan camera guna filem/kodak kan?! Masa tu kalau beli filem 24 keping maka kena kira dah berapa banyak dah snap. Nasib baik sikit dapat la free 2 or 3 keping. Kadang-kadang tu kita kemain lagi posing, alih2 bila cuci gambar tu ‘hangus’ la pulak..lebih malang lagi satu roll tu hangus..kihkihkih. Memang sakit hati jer kan..nak marahkan sapa pun tak tau. Rugi duit beli filem..rugi gak gi cuci ;p

Dan kalau masa snap kebetulan mata terpejam ke..mulut ternganga ke..memang itu jugak la hasilnya, nak frust memang tak guna.. Orang kata gambar yang terpaling jujur la..sebab tak boleh edit2..kalau muka masa tu dipenuhi jerawat2 halus memang tak boleh nak sorok..

Tapiiiii..yang bestnya, tiap kali lepas dah habis guna satu roll tu mesti gi hantar cuci. Tak cuci nanti tak boleh la nak tengok hasil posing bagai tu kan.. tak boleh la nak bagi gambar tu kat boifren..hahaha. Bila dah cuci boleh susun cantik2 dalam album, boleh susun ikut mana yang snap dulu kan..ikut masa kejadian. Bosan2 boleh buka album, tengok gambar2 tu berapa kali kita suka ;D

Sekarang ni..zaman dah canggih manggih. Takyah guna filem dah..nak snap sampai lebam pun boleh. Selagi bateri camera digital or henfon canggih tak kong selagi itu boleh amik gambar..Anytime dan anywhere..

Bila dah snap and tak puas hati..boleh snap lagi dan lagi dan lagi sampai la gambar tu nampak sempurna di mata kita ;P Lagi canggih sekarang ni boleh gula camera 360, ni camera paling pentipu saya panggil..muka tulus mulus licin berseri gitu. Bak telur rebus dikupas kulitnya.

Tak cukup 360 ada lagi application yang boleh make up kan muka. Kalau masa amik gambar tu muka pucat cam mayat maka ejas la guna application 365 ni, nak bulu mata panjang cam bulu mata unta boleh..nak make up nampak ala2 korea boleh..serba boleh. Sampai bila kita tengokgambar orang tu pun kita boleh confuse..ni memang kulit dia mulus kerrr guna application?? (eh..yang menulis ni pun pernah jer guna app tu..kihkihkih) Tiada kejujuran di situ.. haha

Kalau pun tak guna application tu boleh edit gambar guna adobe photoshop.. adobephotoscape..macam2 software. Nak cerah..nak gelap..nak sharp..nak blur..semuaaaaa boleh!

Zaman ni jugak boleh terus share gambar di media sosial..kalau dulu member nak tengok gambar kita kawen kena angkut album2 gambar tu gi ofis. Kalau ada 7 album maka ko angkut la ketujuh2 album tu..bagi member yang nak tengok tu. Sekarang ni up je kat pesbuk..semua fren boleh tengok..boleh komen.

Tapiiiiii…gambar2 tu semua kalau tak cuci setakat save dalam henfon, dalam pc, dalam external hard disk jer tak best kan. Buatnya gajet2 canggih tu dapat penyakit habisss lebur semua gambar2 dalam tu. Dah takde kenangan nak ditunjukkan kepada anak cucu nanti (eceh…awalnya bercakap pasal cucu) Tapi seriously, memang rugi kalau tak cuci.

So, last week saya cari dan save sikit2 gambar dari fail2 lama..setakat mana yang terjumpa. Dan hantar p kedai gambar..cuci. Itu pun baru 88 keping, rasanya 2% dari gambar2 yang dah diambil.. bila dah siap cuci, boleh tersenyum sorang2 dibuatnya. 


Nanti2 ada masa nak cari dan cuci lagi.. yang pasti gambar new born anak2 tu mesti cuci dulu. Esok dia dah besar boleh la dia tengok dan boleh la ko nak story mory kat dia. Nak lagi detail boleh baca detail cerita kelahiran dia kat blog =D

2 comments:

Irfa said...

HUHU SAMALAH KITA
ANAK NO 1 DAN NO 2 ADA ALBUM DR KECIK SMPI DAH BESAR.SI ADIK NI DH 3 TAHUN UMURNYA, BARU EBBERAPA KEPING GAMBAR SY CUCI ITUPUN SBB NAK LETAK DLM FRAMA.BANYAKNYA DLM FOLDER PC JE

cahayaygmemelihara said...

Aku da cuci gmbr newborn dua org tu awal thn kut..dan guna album2 dpt hadiah kawen..album yg kertas putih naik kuning..next muaz punya ingt nk pulun time cuti ni..tp kan lia bila cuci br prasan...kita kurang gmbor dgn diorg sbb kita tukang amik gmbor...sob sob!