Memandangkan turn rumah saya ni jumaat malam sabtu (malam first) so agak menduga la jugak.. Ye la kan, kita ni kerja..balik rumah ada anak kecik lagi..nak mengemas pulak. So menu yang simple2 sudahhh :) Lagipun memang diorang pesan siap2 tak perlu hidang menu berat2.
Asalnya hubby plan nak bagi makan nasi lemak bungkus..I ikut jer la kan. Tetiba tengahari masa kat ofis dia call tnya idea nak hidang apa malam baraan nanti :) So saya bagi cadangan roti jala..senang, tak ringan dan tk berat sangat. Bila ia setuju saya tawakkal call Zanskitchen.. (Kuih muih zanskitchen ni memang supersedaps) Risau jugak..yer la order last minute kan..100 pcs lak tu. Kalau dia tolak saya redha jer la..dah fikir alternative lain dalam kepala. Tapi surprisingly dia kata OK.. Alhamdulillah dipermudahkan. Syukur jugak hubby sanggup pick up kat Desa Alam, seksyen U12. Dah order last minute kan..memang shorthanded la orang tu ;)
Tapi saya order roti je la. Kari masak sendiri.. untuk budak2 just gorengkan crab stick..goreng kopok ikan jugak.. Kerepek2 dan biskut raya hidang buat tambah2..
Rumahku yang simple.. *syukur..*
Hidangan pun simple jugak :')
Ramai..cam tahun2 sudah.
Seronok hannan..beraya sambil kutip duit raya.
Hubby tengah agih duit raya..Acara yang paling ditunggu2 oleh kanak2..
Kak Ha..Pengasuh Auni dan Harraz..sampai2 terus lepak dapur. Minta saya amikkan gambar dia ngan adik saya. Cam rupa Nubhan katanya..haha
Rombongan baraan ni buat 2 group..group lelaki kuar, group wanita lak masuk. Lepas group wanita keluar baru kita boleh joint sekali.. Eh..hubby join group lelaki la, xde la join group mak2 kan..hihi
Tapi saya sempat gi 2 buah rumah jer..auni dan harraz dah mengantuk. Plus diorang tak sihat sangat. Malam ni malam kedua..gi 20 buah rumah lak kat hubby. Tapi saya tak join sebab anak2 ada yang dah tidur. Rugiiii..best tau dapat join ni..dapat jumpa jiran2 yang baik dan peramah2 tu. Memang rasa cam adik beradik jer..mesra. (Mungkin sebab selalu jumpa masa ada program kat surau, memandangkan TSI ni memang aktif la sangat)
pssss..dasyat. Dua entry sekali..sambungan cerita raya tak up lagik. Hihihi..esok2 la pulak.
2 comments:
Seronoknya taman ade aktiviti mcm ni
bestnya ada aktiviti mcm ni..taman akak ni hmmmmmm tak sampai mcm tu..yg kenal tu dekat2 je la..dah la akak ni surau pun tak pergi..teruknya laaaaaa
Post a Comment