(Ciss..orang lain sibuk nak kejar beribadat di 10 hari terakhir ni. Ko sibuk nak cakap pasal persiapan raya..)
Huhuhu..Tapi kan, ibadat yang kita buat elok simpan rapi2 kan takut timbul riak tak dapat lak pahala. Biar kita ni nampak buruk di mata orang jangan di 'mata' DIA. :')
*Intro maha poyo dari mak*
Nak gak ni cakap pasal persiapan..hihi
Persiapan anak2 dah hampir setel. Auni jer lagi yang takde kasut. Malam tadi keluar dia buat perangai..suruh try kasut pun mengamuk..grrrrr. Dia memang pe'el lain dari kakak n abang. Sampai ke sudah dia mengamuk.. sampai kita pun takde mood nak cari barang lain.
Hannan & Nuha dah complete..alhamdulillah dapat gak cari baju melayu untuk Harraz..lepas keja semalam g cari kat pkns. Itu pun dari hujung ke hujung cari baru jumpa yang hampirrr sama ngan papa n abg. Macam ni la kan kalau beli siap. Memang susah sikit nak jumpa yang 100% memenuhi kehendak kita. Nak sama kalu..beli kain awal2 hantar gi tempah! Tapi kosnya lagiiii tinggi la kan kalau nak compare ngan beli siap. Ada pros dan cons antara dua2 options. Redha jer la..
Harraz la sian sikit..ada sepasang baju jalan..sepasang baju melayu dan sehelai Tshirt. Mama dah kurang pandai nak beli baju baby boy. Seriussss..ini bukan main2. Dh hampir 7 tahun tak menyoping baju baby boy! Tu la dia.. Tapi hubby lak kata baju harraz takyah beli banyak sangat sebab dia cepat jer membesar. Ada betulnya..tapi kesian la kan. Kata nanti nak berjalan..huhu. "takpe harraz..isnin esok mama beli senyap2..jangan cakap kat papa.." *bisik kt tinga harraz*
Anak2 perempuan jangan cakap la..tshirt jer 3 helai sorang..dress 2 helai sorang..jeans sehelai dan skirt sehelai sorang. Esok nak kawin mama masuk dalam bil..claim at bakal somi korang..wakakakaka
Eh..ok la. Asben dah sound suruh bersiap. Nak gi cari kasuk mak jemah yang suka moody tu. Nanti sembang2 lagi!!
1 comment:
aku slalu beli barang anak senyap2. nanti dah beli baru bgtau hahaha.. nak plak beli pakai duit dia lagi la bestkan hahaha
Post a Comment