Sep 12, 2013

Khamis Yang Tak Best

Takde salahnya dengan hari ni pun..saya ni jer ha yang tak sihat. Dah mula rasa tak sendap badan since Isnin ari tu. Dah gi klinik ambik ubat..dapat paracetamol. Ari selasa tu pun on off..kejap ok kejap tak ok, masa tu berdoa sangat jangan demam dulu sebab Rabu ada hal.

Tup tup..rabu malam kemuncaknya, demam..sejuk menggigil-gigil. Harraz pun dah start panas malam tadi..asyik merengek, mengantuk tapi taknak tidur. Saya memang dah tak larat..sarung stokin, makan ubat dan terus tidur..hubby la yang melayan anak2..


Bangun pagi tadi rasa dah ok sikit..so gi ofis macam biasa.. dan sekarang demam balik..huhuhu. Ingat nak half day tapi tak berani cakap kat boss. So sekarang ni just berehat kejap..tengahari nanti ingat nak tidur kat surau dengan harapan bangun nanti dah tak demam.

P/s: Panjang cuti weekend ni kan..dah booking hotel ingat nak bawa anak2 mandi pool tapi nampak gaya macam kena tangguh dulu sebab semua tak sihat. Tkpe la, ada la hikmahnya tu kan..lagipun, voucher valid sampai tahun depan.

1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Kalau musim hujan dan musim buah biasa akan sinonim dgn ramai yg kena demam. Demam juga kadang kalau satu rumah satu-satu akan bergilir..

MOga cepat sembuhlah...